Monday, January 7, 2013

Megelli ni buatan mana?

 Megelli Motorcycles Official Site
Megelli......tak pernah dengarpun , ini motor baru ke bang. 
Inilah soalan yang kerap ditanya sewaktu saya menunggang motor ini ke mana-mana.
Jawapannya , Ya brand ni baru masuk ke Malaysia.
Sapa yang buat motor ni , UK ke China? tengok kat kulit enjin dia tulis UK tapi ada orang kata moto China, mana satu yang betul.

Di sini saya cuba tuliskan sedikit pencerahannya.

1. Jenama
Megelli ialah jenamanya , sama seperti Samsung, Sony, Toyota, Kodak, HP dll. Syarikat pemilik jenama Megelli ini berpangkalan di United Kingdom (http://megelli.com/). Cuba tengok handphone kita jenamanya Samsung made in China walaupun Samsung itu syarikat Korea.

2. CKD atau CBU
Untuk pasaran Malaysia, motor ini dikategorikan sebagai CKD (Completely Knocked Down) di mana komponen motor datang dalam bentuk terurai dan dipasang semula di Malaysia (Kilang Daiichi di Kuching)  menyebabkan cukai yang dikenakan lebih rendah berbanding jika ia datang dalam bentuk CBU (Completely Built-Up). Di Indonesia ia dipasang semula oleh Minerva Sachs di China dipasang oleh Bennche manakala Malaysia oleh Daiichi.

3.Sparepart.
Komponen enjin datang dari beberapa tempat seperti China, Taiwan dan Jepun. Memandangkan ia dipasang di Kuching, setakat ini sparepart boleh didapati dengan mudah.Pengalaman saya sendiri, pernah membeli alat ganti dari Daiichi Kuching dan sampai dalam masa 2 hari sahaja. Kini Daiichi sudah membuka pusat servis di Kota Kemuning Shah Alam.

4. Rekabentuk
 Kajian rekabentuk dijalankan oleh E.D.I Progetti iaitu syarikat dari Italy yang juga membuat rekabentuk bagi motor keluaran Aprillia dan Benelli. Jadi tidak hairan ada unsur-unsurnya pada motor ini.





Laman web rujukan http://www.ediprogetti.it/index_en.php

4. Siri
Di Malaysia terdapat tiga siri bagi motor ini iaitu mr, sr dan sport rr kesemuanya bersesaran 250cc, 4 injap satu silinder sohc, sistem penyejuk cecair dengan enam kelajuan.






Sport rr
SR (naked)



MR (motard)

Kesimpulan peribadi saya
Tidak dapat dinafikan benda baru memang ada kelemahannya ditambah lagi dengan pandangan komponen keluaran China yang sering dianggap kurang bermutu. Namun bukan semua komponen motor ini datang dari China dan semestinya tidak bermutu. Kebanyakkan Syarikat gergasi dunia  akan mendirikan kilang-kilang pengeluaran mereka di Asia sebagai strategi perniagaan di tambah dengan kos pengeluaran yang berpatutan. Contoh : Honda di Thailand, KTM di India.
Negara China juga sebenarnya lebih maju dari segi teknologi, mereka sudah mampu melancarkan roket buatan mereka sendiri, malah tanpa kita sedari tren komuter yang kita pakai hari ini juga made in China.
Mudah rosak? tidak juga. Ada juga jenama yang sudah terkenal mengalami masalah. Semuanya begitu subjektif, bergantung kepada cara kita menjaga dan menyelenggara motor ini.
Berbaloi? bagi saya agak berbaloi dengan harga yang ditawarkan dengan sesaran enjin  250cc.

Wassalam.

















5 comments:

  1. bos..saya ada 2 jenis dalam pemerhatian saya..t2 dgn megelli sr..skrg ni tgh pening nak pilih antara dua ni..yg lain tu bukan xberminat cam ninja, cbr cume berminat dgn naked bike..nak tggu z250 lak, harga atas 20k..so antara 2 ni, yang mane berbaloi untuk duit? dr segi design, bunyi n maintainance..t2 sy pernah ride kawan punyer...best, n cam sesuai dgn saya yg badan kecik ni kot..so nak tau tentang megelli..

    ReplyDelete
  2. ade lgi ke jual motor megelli 250r ni? share tempat xP

    ReplyDelete
  3. Saya x pandai nk oder mcm mana ye saya cari stater motor megeli 250r

    ReplyDelete