Thursday, March 28, 2013

Jangan ikut perasaan

Kenapa saya tulis tajuk post seperti di atas? ini semua ada kena mengena dengan peristiwa yang saya alami ketika menunggang semalam.
Aman, tenang dan menyegarkan.

Setelah menghantar isteri ke tempat kerja, terus sarung jacket dan riding boot. Sebenarnya takde tujuan ke destinasi tertentu.
Dimulakan dengan Bismillah maka perjalanan dimulakan melalui Pekan Suntex ke Hulu Langat. Pagi ini kelihatan redup tetapi tiada tanda-tanda hujan akan turun.Tunggangan berjalan lancar dengan kelajuan sederhana.
Tiba di Hutan Rekreasi Gunung Nuang.
Tiba di penghujung laluan, berhenti sebentar di kaki Hutan Rekreasi Gunung Nuang, cuaca yang tadinya baik mula menunjukkan tanda-tanda hujan akan turun. Sepanjang perjalanan, kita akan disajikan dengan pemandangan yang cantik, melihat jeram dan tempat-tempat rekreasi yang ada di sepanjang perjalanan.
Dapat mandi syiok.......
Beberapa ketika titisan hujan mula membasahi jalan tar, masa untuk mencari tempat berteduh.
Tunggu hujan reda.
Berteduh sebentar sementara menunggu hujan reda, lebih kurang 30 minit selepas itu hujan mulai reda dan tunggangan diteruskan dengan melalui Jalan Kg Jawa - Jln semenyih - Jln Bt 18 Hulu Langat.
Dan ketika inilah, ada peristiwa yang berkaitan dengan tajuk post ini. Keadaan permukaan jalan yang agak baik dan kering ditambah lagi dengan tiada banyak kenderaan yang melalui jalan ini, maka timbullah keghairahan memerah trottle. Kelajuan semakin bertambah dan ketika melalui satu selekoh dengan kelajuan hampir 100 km/j saya telah overshoot. Mujurlah motor dapat dikawal namun perasaan ketika itu hanya mampu berserah dan menunggu sahaja apa yang saya akan langgar sewaktu itu. Mujurlah saya memakai riding boot kuranglah sedikit calar-calar akibat meredah semak-samun tersebut.Alhamdulillah motor tidak tumbang  dan dapat naik ke jalan semula.

Kesimpulan:
1. Jalan yang tenang dan baik ada bahayanya tersendiri.
2. Motor yang lebih berat lebih sukar dikawal.
3. Menunggang mengikut kemampuan diri sendiri jangan terikut dengan gaya orang lain.
4. Sentiasa memakai safety riding kit.
5. JANGAN IKUT PERASAAN.

Wassalam.




Monday, March 25, 2013

DIY- Seat Cover

Memandangkan span seat motor ini agak nipis dan akan menyebabkan kebas-kebas ketika menunggang pada jarak yang jauh maka jom kita pasang seat cover untuk menambahkan lagi keempukkannya.
Inilah seat cover yang menjadi trend masa kini (yang macam jala ikan tu..). Memandangkan memang tiada dijual untuk cutting seat Megelli, maka saya membeli cover universal dan bersaiz XL dengan harga Rm 30 di kedai aksesori motosikal.
Peralatan yang diperlukan ialah gun steppler dan gunting.

Langkak pertama, seat perlu ditanggalkan dahulu daripada motor.
Memandangkan seat pillion yang kecil, seat cover perlu dipotong mengikut bentuk pillion seat.
selepas itu kemaskan di sekeliling seat dengan menggunakan steppler gun.
trim lebihan cover seat ini, pastikan jangan terlalu dekat dengan dawai steppler bagi mengelakkan ia tertanggal nanti.
Ulangi proses tadi kepada seat besar pula.
Dan hasilnya......
tada..........

Wassalam.









Saturday, March 23, 2013

DIY -Tukar Minyak Enjin lagi

Odometer motor telah mencecah 6k lebih, maka sudah tiba masanya kita menukar minyak enjin lagi bagi menjamin kesihatan enjin sentiasa terpelihara.








Seperti kebiasaan, bagi kerja-kerja selenggara yang tidak begitu rumit saya akan lakukan sendiri. Ada kebaikannya juga, selain dari menjimatkan kos ia juga membolehkan kita lebih faham tentang keadaan jentera kita ini.

Langkah pertama, kita gunakan spanar bersaiz 17mm untuk membuka skru oil sump di bawah enjin, sebelum tu pastikan di bawahnya kita telah sediakan bekas untuk menampung minyak yang keluar nanti.


Kemudian guna spanar bersaiz 8mm untuk membuka oil filter disebelah kanan, untuk pengetahuan semua terdapat 3 filter yang perlu dibersihkan 2 disebelah kanan dan 1 disebelah kiri.
Skru oil filter disebelah kiri.
Setelah dibuka kesemua skru dan oil filter tersebut, toskan minyak yang berada di dalam enjin sehingga kering (macam goreng ikan pulak ye....he...)
Keluarkan semua oil filter ini dan bersihkan.
Lihat keladak yang melekat pada oil filter .
Saya akan cuci oil filter ini dengan menggunakan berus gigi dan WD40. Semburkan WD40 kemudian berus sehingga berkilat.

Proses pembersihan sedang berlangsung.
Sudah bersih, keringkan sisa-sisa minyak dan air, kalau di kedai pomen akan sembur dengan angin. Di rumah mana ada kompresor jadi kita keringkanlah dengan cara jemur ataupun guna je hair dryer.




Jangan lupa juga untuk mencuci ruangan oil filter tersebut  memandangkan masih ada sisa minyak enjin lama. Saya akan gunakan kertas tisu dapur untuk mencuci ruang tersebut kerana kertas tisu dapur dapat menyerap minyak dengan baik.Cucilah sehingga puas hati.
Sekarang masa untuk mengisi semula minyak enjin baru. Sebelum tu kita perlu memasang semula oil filter yang telah dicuci tadi dan skru oil sump di bawah enjin.
Bagi oil filter yang besar, pastikan bahagian yang berlubang berada di dalam ye.
Masa untuk memasang kembali.

 gunakan spanar 8mm untuk mengunci semula skru kecil, pastikan tork masa mengunci skru tidak terlalu kuat.


 Jangan lupa skru oil sump di bawah enjin.

Bersihkan sisa minyak yang tumpah pada motosikal.
Kali ini saya menggunakan minyak enjin Castrol Magnatec berkelikatan 10w-40. Sebagai panduan, jenis minyak enjin seboleh-bolehnya mesti sama grednya atau lebih tinggi dengan kelikatan yang sama seperti minyak enjin yang telah kita masukkan sebelum ini bagi memelihara enjin.
Contoh: (sebelum) mineral ke(selepas) mineral (ok) , (sebelum) mineral ke (Selepas) semi sintetik (ok)
(sebelum) semi sintetik ke (selepas)  mineral ( tak ok)


Kalau mengikut buku kelikatan yang disyorkan ialah 5w-40, dan isipadu minyak yang perlu dituangkan ialah 1.5 liter.
 Gunakan playar muncung tirus untuk membuka penutup minyak enjin.

Tuang minyak mengikut sukatan yang disyorkan.

Lihat pada tetingkap kaca di tepi enjin dan pastikan sukatan minyak berada di antara garis atas dan bawah.
 Ketatkan semula penutup minyak enjin. Start motosikal untuk beberapa minit untuk memastikan tiada kebocoran berlaku.


Biarkan enjin melahu beberapa ketika.

 Setelah berpuas hati dan tiada minyak yang leaking, matikan enjin.



Misi selesai......

Wassalam.









Friday, March 8, 2013

Cheras-Awana-Bentong

Sekali lagi ride ke Awana, namun kali ini lajak sedikit sehingga ke tol Bentong.
Seperti biasa Rv di Petronas Sg. Tua. Pagi itu kelihatan  beberapa kumpulan biker yang akan memanjat ke Awana.

Tiba di Awana, 1 z800,1 Melly, 3 Versy, 2 cbr250 dan 1 er6f seperti biasa sessi bergambar.



 "Pinjam jab" z8 Man
Boleh dikatakan hampir semua biker yang ikut pada hari ini baru kenal pada hari ini juga , namun semangat setiakawan antara biker menyebabkan seolah-olah dah kenal lama.




check dulu motor sebelum on the bike ke destinasi seterusnya.
Isi minyak dulu di Petronas selepas Dusun eco resort. Masa dalam perjalanan tadi terserempak dengan satu rider jatuh, rider ok motor pecah firingnya sebelah.


Di akhir ride berehat sebentar sambil menikmati aiskrim di Tol Gombak. Terima kasih semua, Joey,Zul,Bambang dan lain-lain korang memang terbaik.......happy ride. Wassalam