Sunday, December 30, 2012

Megelliku kembali

Setelah seminggu Megelli di bengkel akhirnya siap jugak, setelah sembang-sembang dengan Ah Chai antara barang-barang yang telah ditukar adalah seperti berikut:
1. Kulit enjin (seperti ditulis dalam tulisan lalu)
2. Pemijak kiri. ( Yang lama ada sedikit keretakan)
3. Inlet rubber.
4. Kotak penapis angin.
5. Radiator (katanya yang lama ada bocor sikit).



Hasilnya:
1.Bunyi enjin lebih sedap.
2.Tahap vibration berkurang.
3.Tork dan top yang lebih sedap.
4. Lebih senang nak cari gear "N" (sebelum ni melilau nak cari dan gear melompat) 

kelajuan yang dicapai dengan 1/2 throttle.

Saturday, December 22, 2012

Megelliku turun enjin....alamak

Menara condong Teluk Intan. (400 km pergi dan balik)

tunggu giliran
Seram jugak bunyi tajuk post ni, lebih-lebih lagi kalau yang baca ni pemilik megelli sedia ada atau yang baru nak angkat motor ni.
Selepas perjalanan jauh dua hari lepas tergerak hati nak ke bengkel Ah Chai kat Sek. 7 Shah Alam. Tujuannya untuk servis enjin. Ah Chai kata kena turun enjin.....alamak....apa pasal. Rope-ropenya pihak pengeluar memang akan memanggil motor-motor batch awal untukditukar kulit enjinnya.
Inilah bendanya yang akan ditukar, mengikut kata Ah Chai kulit enjin yang awal nipis dan pengeluar memanggil semula motor ni untuk digantikan dengan kulit enjin yang lebih tebal dan lebih kuat. Kepada pemilik megelli yang lain sepatutnya pihak penjual akan menghubungi anda untuk proses ini, jika tiada hubungi pihak penjual anda.
 Ah Chai
Proses penukaran sedang dijalankan.

sampai jumpa lagi, wassalam

Ninja 2013@PDRM


Sewaktu isi minyak di Petronas BMC, terserempak dengan dua biji motor milik PDRM terus snap gambar. Sembang dengan abang polis yang bawa motor tu, laju katanya.

Monday, December 10, 2012

DIY power outlet 12 v

Assalammualaikum, kisah kali ini mengenai pemasangan power outlet 12 v pada megelli saya. Power outlet ini boleh digunakan untuk mengecas GPS,  handset atau lain-lain yang seangkatan dengannya.

Power outlet ini dibeli dari kedai RadioShack di Mid Valley.
Dalam memulakan operasi ini perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengangkat tank.
Buka tempat duduk dan dua skru ini.
Sebelum tank dapat diangkat ada tiga perkara yang harus dicabut dahulu.
1.Cover atas tepi kiri dan kanan.
2. Unplug soket indicator minyak.
3. Fuel line , pastikan ditutup dahulu dengan menolak tuil ke tengah.
Selepas 3 perkara ini dilakukan barulah tank akan dapat diangkat keluar.


Dalam DIY ini saya lakukan penyambungan terus wayar + dan - ke terminal bateri. Kit power outlet ini disertakan dengan fius.

setelah semua wayar disambungkan, kemaskan semua wayar dengan cable tie dan pembalut wayar, pada bahagian wayar di bawah bateri saya lekatkan dengan aluminium sticker (boleh didapati di kedai hardware) bagi mengelakkan kepanasan pada wayar itu nanti.

inilah rupenya setelah diikat dengan braketnye di handle bar, power inlet ini juga disertakan dengan penutup bagi mengelakkan dimasuki air.
 test......sukses
disambungkan kepada gps.

inilah hasil akhirnya.

kos.
1. Power outlet Rm 12.00
2. Braket RM 20
3. GPS holder RM 80
4. Air peluh he...he....

wassalam sampai jumpa lagi.






Tuesday, November 27, 2012

Perkara yang perlu diberi perhatian pada Megelli

Tulisan ini adalah berdasarkan pengalaman terhadap motor megelli sr saya, dan mungkin berbeza kepada pemilik megelli yang lain.
Berikut adalah perkara yang perlu diberi perhatian kepada motor megelli anda.

1. Exzos braket.
Ada 3 braket untuk mengikat exzos. Selalu perhatikan ketiga-tiga braket ini. Banyak kes sebelum ini braket exzos ini patah dan saya telah mengalaminya sekali. Selagi di dalam jaminan penukarannya percuma. Mengikut perkembangan terkini, pihak pengeluar dikatakan telah menambah baik bagi mengatasi masalah ini.

2. Getah dari karburator ke kebuk pembakar.
Getah ini merupakan penyambung dari karburator ke kebuk pembakaran. Apa yang berlaku pada saya ialah, getah tersebut telah retak dan pecah lalu saya telah  gantikan getah ini dengan hose radiator dan diperkuatkan dengan hose clamp (seperti di dalam gambar). Saya juga ada membeli getah asal (rm 45) sebagai spare sahaja.

3. Lampu belakang
Lampu akan menjadi perang akibat tail exzos yang pendek (hal ini hanya berlaku pada motor yang mempunyai tail exzos yang pendek sahaja). Cara mengatasinya ialah selalu "polish" tail light ini.
Lampu ini juga boleh dimasuki air melalui seal tepinya menyebabkan ia berwap.Cara mengatasinya gunakan silikon sealer dan sapu pada sepanjang seal lampu itu.

4. Skru tongkat
Selalu awasi 2 skru ini, ia boleh hilang begitu sahaja ketika menunggang (saya telah alami dua kali). Pada pendapat saya semua skru pada moto ini juga harus kerap diperiksa. Skru boleh dibeli di kedai hardware dengan harga 30 sen sebatang.

Sekian sahaja tulisan saya, moga ia dapat dijadikan panduan kepada semua pemilik megelli dan  pendapat saya juga kita perlu kreatif dalam menangani perkara yang berlaku pada motor kita . Wassalam




Klawang Part 2

Ulu Klang - Bt 18 - Klawang - Lenggeng - Broga - Semenyih. Ride kali ini  bersama Joey dan isterinya. Kami bertemu di Petronas Ulu Kelang pada pukul 10.30 pagi.
Memulakan perjalanan 20 minit kemudian kami menuju ke pekan Bt 18 Hulu Langat melalui Pandan Indah. Setibanya di laluan mendaki selepas Pekan Bt 18, kami memulakan ride dengan berhati-hati. Kelajuan motor amat perlu dijaga kerana kami tidak tahu apa yang berlaku di sebalik selekoh-selekoh, betul seperti apa yang kami jangkakan, sepanjang perjalanan ke Klawang banyak terdapat tebing yang runtuh dan jalan yang berpasir.
Tiba di pekan Jelebu kira-kira jam 12. Singgah untuk makan, dan hujan mula turun. Kami tidak mahu mengambil risiko untuk berpatah balik melalui jalan tadi dan mengambil keputusan untuk terus ke Broga melalui Lenggeng.
Nasihat kepada semua rider yang melalui jalan ini sewaktu musim hujan agar amat berhati-hati, ada jalan yang basah akibat aliran air yang turun dari tebing dan berpasir.
Joey
 Isteri Joey
Joey dan aku

Tuesday, November 20, 2012

Ride Awana

RV Petronas Sg Tua untuk berjumpa Joey.
Seperti biasa, aku memulakan perjalanan bersama Ustaz Lan menuju ke Rv point iaitu di Petronas Sg Tua. Perjalanan melalui jalan Cheras-Kajang ke Loke Yew agak sesak, dan selepas melepasi Bank Negara barulah keadaan jalan agak selesa sedikit. Terus ke Petronas Sg Tua dan kami tiba tepat pada masa yang dijanjikan.
Selepas bergambar dua tiga keping, maka kami meneruskan misi kami ke awana melalui Jalan Hulu Yam
Ustad Lan sedang "mengkenen" motor Joey (apa lagi angkat satu la)
.
Tiba di "Awanan"
Selepas kira-kira 50 minit menunggang kami tiba di Awana.
Tak sangka juga aku melihat ustad Lan melayan lap dengan viragonya berdesupppp...
mamak@ awana, makan 2 bungkus nasi lemak.
bergambar dengan 2 brader yang menunggang z1000. Di pit stop Tol Gombak

Rehat di Tol Gombak sekejap lepas turun dari Awana. Kami berpisah di sini, Joey terus ke rumahnya di Rawang manakala aku dan ustad Lan ke Cheras.
Sampai jumpa lagi di Ride akan datang. :)

Kesimpulan :
Jarak : 152 km ( Bt 9 - Batang Kali - Genting - Bt 9)
Minyak : Rm 8 megelli 250, virago Rm 10 , er6f * lupa nak tanya.
Peserta : 3 org ( Joey er6f , Abaidi  megelli 250r , Ustad Lan virago 535).
Kelajuan : er6f 130km/j , virago 115km/j, megelli 100km/j (purata).





Ride mengejar Hutan Lipur

Kali ini jom kita jejaki Hutan Lipur yang berada sepanjang perjalanan dari Broga - Lenggeng - Klawang.
Ride bermula dari rumahku di Bt 11, menyelusuri lebuhraya Cheras - Kajang ke Semenyih. Selepas Pekan Semenyih masuk ke simpang menuju ke Broga.
Hutan lipur yang pertama di temui ialah Hutan Lipur Lenggeng,
Tidak ramai pengunjung, dan keadaannya seperti tidak terurus sedikit dengan taman permainan kanak-kanak yang usang. Hutan lipur ini mempunyai  satu air terjun.
suasana di Hutan Lipur Lenggeng.

Lebih kurang 10 minit , ride diteruskan lagi mencari Hutan Lipur yang seterusnya.
Papan tanda ke HL Jeram Toi dan Lata Kijang.
HL Jeram Toi lebih kurang 20 minit perjalanan daripada HL Lenggeng tadi.
Papan tanda amaran kepada pengunjung Jeram Toi mengenai fenomena "Kepala Air".
Tanda-tanda sebelum kejadian kepala air:
1.Keadaan langit gelap di hulu sungai disertai binyi guruh yang kuat.
2.Bunyi dentuman batu batan dan air.
3.Air sungai berbuih dan naik secara tiba.

Jika tanda-tanda ini terjadi ketika kita sedang mandi, cepat-cepat naik.
Contoh Kepala Air.

Seterusnya perjalanan diteruskan lagi, masuk melalui simpang Kongkoi kita akan terjumpa Jeram Gading.
Jalan masuk ke Jeram Gading.
Sejarah Jeram Gading. Boleh sampai ke Pahang rupanya kalau mudik ikut jeram ni.
Sedikit gambar di Jeram Gading.
Empangan Semenyih.

Jadi, bolehlah anda bawa keluarga untuk berkelah di Jeram-jeram ini.
Semenyih - Broga - Lenggeng - Kuala Klawang.