Saturday, February 23, 2013

Mee Mastan Ghani

Ride ini berlangsung ketika cuti Tahun Baru Cina tempohari. Mee Mastan Ghani ni memang terkenal di Teluk Intan.
Kami memulakan perjalanan kira-kira pukul 8.30 pagi dari rumah ke tol jalan duta, berhenti sarapan pagi di R&R Rawang.
our "brekpest"
Selesai bersarapan, kami berdua meneruskan tunggangan menyelusuri lebuhraya Utara-Selatan dengan kelajuan purata 100 km/j.Suasana lebuhraya ketika itu agak sibuk dan ada di sesetengah perjalanan kami terhenti akibat kesesakkan.  Setelah kira-kira 2 jam menunggang kami pun tiba ke destinasi.
Restoren ini adalah kepunyaan anak kepada Mastan Ghani yang terletak di jalan Hutan Melintang, dan Mastan Ghani juga mempunyai 2 buah restoren lagi di Bandar Teluk Intan.
Pilihan saya setiap kali mengunjungi restoren ini ialah mee kuah rojak manakala "mem" mengorder mee rebus+ABC.
Untuk perjalanan pulang kami memilih untuk melalui jalan Kuala Selangor - Kuala Lumpur





Friday, February 1, 2013

Adik bongsu z800, z250

Kawasaki sekali lagi membuatkan pemilik 250 mengalami penyakit jiwa kacau dengan pengenalan model baru z250. Buat permulaan model ini telah dilancarkan di Indonesia dan tidak diketahui bila ia akan memasuki pasaran Malaysia. Secara fizikal dapat dilihat ia mengekalkan iras rupa abang-abangnya z750 dan z800. Enjinnya sama seperti siri 250 sebelum ini.
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk link ini http://www.zigwheels.com/news-features/news/kawasaki-z250-launched-in-indonesia/15517/


Manjung Bike Week