Sunday, November 11, 2012

Port Dickson lagi...

Ride kali ini akan ke Port Dickson lagi, tapi kali ini berdua bersama Ustaz Lan. Ride ni Uztaz Lan yang cadangkan (mungkin nak repeat sebab kali pertama dulu dia tak dapat pegi he....he...)
Kami akan bertemu di Petronas Bt 9 tepat pada pukul 8.30 pagi.
Berehat sebentar di keluar Tol Port Dickson, setelah ride kira-kira 30 minit . Alhamdulillah cuaca baik sepanjang perjalanan.Kami bercadang akan ride setengah hari sahaja memandangkan pada sebelah petang biasanya hujan akan turun.
Ustaz Lan meroket bersama viragonya.Seterusnya kami terus menuju ke Port Dickson melalui lebuhraya Seremban-Portdickson. Seperti tadi perjalanan ini juga lancar dengan cruising speed 110-130 km/j.
sampai saja di PD terus "re-fuel" perut dulu, memandangkan aku belum bersarapan lagi. Sembang-sembang mengenai pengalamannya bersama konvoi tourism Malaysia tahun lepas selama seminggu pusing satu Malaya.
Lepas "re-fuel" perut baru re-fuel motor pulak di petronas PD. Kami nak tengok berapa banyak petrol yang telah digunakan dalam perjalanan satu hala. Setelah di isi hasilnya Ustaz Lan top-up Rm 9 manakala aku RM 8 maknanya untuk virago 535 kira-kira  5l  manakala megelli 250 4 l.
Dari jauh kelihatan awan redup, kami bercadang untuk meneruskan ride ke Pantai Teluk Kemang.
Kami menghabiskan kira-kira 30 minit di pantai, sambil ustaz Lan membeli T-shirt sebagai ole-ole.
2 bijik cbr 250 1 blade 250. 
Antara aktiviti riadah yang ada di situ selain daripada menunggang kuda padi.
melihat dari kejauhan awan mulai mendung kami memutuskan untuk balik semula ke KL.Kami tiba di susur keluar Tol Kajang pada jam 12.20 dan berpisah di situ.

Ringkasan perjalanan kali ini:
1. Masa : 8.30 - 12.30 (4jam) pergi balik + sarapan + singgah di pantai.
2. Minyak : virago 535 10 l = Rm 19 , megelli 250 8 l = Rm15
3. Kelajuan : purata 100 km/j.
4. Kepuasan : tak terkata
5. Jarak : 180 km. (pergi+balik)

Akhir kata wassalam. Jumpa lagi di ride akan datang.








No comments:

Post a Comment