Saturday, May 25, 2013

Mengenali rectifier dan fungsinya

Assalamualaikum, kali ini saya akan berkongsi cerita mengenai rectifier dan fungsinya berdasarkan pembacaan dan pertanyaan kepada mereka yang lebih arif.

Rectifier Megelli terletak di bawah seat.
rectifier
Rectifier berfungsi untuk menukarkan arus ulang alik (AC) yang dihasilkan oleh alternator(generator) kepada arus terus (DC) yang akan digunakan untuk mengecas bateri.
alternator (generator) ada di dalam casing ini.
Wayar dari alternator ke rectifier.
Apa akan berlaku sekiranya rectifier ini rosak? 
Sudah tentulah bateri tidak akan dicas dan akan menjejaskan peralatan yang menggunakan tenaga elektrik.
Bagaimana saya hendak menguji rectifier saya elok atau tidak? 
Kita boleh uji rectifier dengan menggunakan multimeter, ataupun cara yang paling senang dengan menyentuh rectifier ini ketika enjin melahu.Rectifier yang berfungsi akan berasa panas sedikit akibat arus elektrik yang masuk melaluinya.
hidupkan enjin, biarkan ia melahu
sentuh rectifier, panas OK , sejuk KO

Bagaimana ia boleh rosak ? 
Selain daripada jangka hayatnya yang telah tiba, rectifier boleh rosak jika kita mengeluarkan bateri ketika enjin sedang hidup. Selain itu perlu diperhatikan juga kepada soket yang bersambung dengannya berkeadaan baik.

Pastikan soket ini baik dan ketat untuk pengaliran arus elektrik yang lancar.

Bagaimana saya boleh memantau keadaan rectifier ini?
 Kita boleh memantau aktiviti elektrik dengan memasang voltmeter.
Contoh voltmeter yang dipasang pada motorsikal
Digital voltmeter yang boleh dibeli serendah harga Rm 50.

Dengan adanya voltmeter ini , kita dapat mengetahui jumlah voltan yang dijana.
Bacaan volmeter di bawah boleh dijadikan panduan

Bateri lemah = bacaan di bawah 12 v
Bateri sedang dicaj = bacaan di antara 13 hingga 14 v
Over charge = bacaan lebih dari 15 v

Jadi sewaktu enjin dihidupkan bacaan voltmeter yang ideal ialah di antara 13 hingga 14 v.

Pemasangan voltmeter boleh dilakukan dengan lakukan pendawaian terus ke bateri atau tap dari wayar lampu kecil.




DIY - Kabel minyak dan clutch, senggara yang sangat mudah tetapi amat penting

Kadang-kala kita terlihat motor disorong kerana kabel minyak atau clutch yang putus.Hal ini berlaku apabila kabel ini berkarat akibat air yang masuk melalui celah-celah kabel tersebut dan lama kelamaan ia akan terputus.
Kejadian ini boleh diminimakan jika kita mengambil langkah pencegahan bagi mengelakan karat ini dari terjadi dan ianya cukup mudah.
di bahagian bawah ada satu lubang, semburlah wd40 secukup rasa...

Longgarkan nut skru kabel dan semburkan wd40 melalui celahnya. Kaedah ini juga boleh dibuat pada kabel clutch. Insyaallah kabel ini akan panjang hayatnya. Selamat mencuba.



Tuesday, May 14, 2013

DIY - Penjagaan rantai

Rantai merupakan salah satu  komponen utama di dalam sesebuah motorsikal, oleh sebab itu ianya perlu disenggara dengan baik untuk meningkatkan jangka hayatnya.
Berapa kerap kita perlukan untuk meminyaki rantai? Bagi saya soalan ini begitu subjektif, namum sedikit maklumat berikut boleh dijadikan panduan.

1. Berapa kerap kita menunggang motorsikal.
2. Selalukah kita menempuh jalan yang basah atau menunggang ketika hujan.
3. Berapa kerap kita membasuh motorsikal kita.

Bagi soalan pertama, semakin kerap kita menunggang maka semakin keraplah rantai perlu diminyaki.
Sebaik-baiknya setelah kita membasuh atau menunggang ketika hujan, bersihkan permukaan rantai dengan berus gigi. Tujuannya supaya habuk dan pasir-pasir halus yang melekat pada rantai dapat dibersihkan.

Minyak apa yang patut digunakan?

Sebenarnya apa-apa minyak pelincir boleh digunakan, hatta minyak kelapa. Namun ia tidak begitu sesuai. Cuba gunakan minyak yang dirumus khas untuk kegunaan rantai. Mengapa? Minyak yang dirumus khas untuk kegunaan rantai  tidak memerangkap habuk dan kotoran.

ini yang saya gunakan , harganya RM 17.

Pilihlah spray rantai pilihan anda, ada yang murah dan mahal.

Wassalam, sampai jumpa lagi

Saturday, May 4, 2013

DIY - servis radiator dan water pump

Assalamualaikum, kali ini saya akan jalankan DIY berkaitan radiator dan water pump. Seperti yang kita semua maklum radiator dan water pump merupakan komponen yang penting bagi enjin yang menggunakan sistem penyejukkan cecair, ini bermakna air digunakan sebagai agen penyejuk bagi enjin bagi mengelakkan kepanasan melampau yang akhirnya akan merosakkan sesebuah enjin.

 Ada 4 skru yang mengikat rumah pam air ini, gunakan spanar bersaiz 8mm untuk membukanya.

inilah 4 batang skru yang telah dibuka , 3 panjang 1 pendek dan ada washer. Pastikan kedudukannya terlebih dahulu supaya apabila kita hendak memasang  semula skrunya nanti ia berada di tempat yang betul. Jika kita salah memasang skru , kebocoran akan berlaku.Skru yang pendek dan mempunyai washer itu merupakan "drain bolt", jika hanya nak keluarkan cecair di dalam radiator cukup dengan hanya membuka skru ini sahaja.
inilah rupanya water pump tu, materialnya dibuat daripada bahan seakan plastik. Nampak tak keladak yang ada di dinding tu, inilah yang akan kita bersihkan. Bilah water pump ini digerakkan secara mekanikal melalui syaf yang bersambung di dalam enjin. Apa yang kita perlu periksa ialah :
1. pastikan bilahnya dalam keadaan baik (tidak retak/serpih)
2. Sealnya dalam keadaan baik.
Cuba gerakkan sedikit bilahnya ke depan dan ke belakang untuk memastikan ia tidak longgar.
Kebanyakkan kes overheat terjadi apabila  kipas water pump ini telah patah dan ia tidak mampu untuk mengepam air masuk ke lubang penyejukkan yang berada di dalam enjin.

Sekarang masa untuk mencuci, masukkan hose air dari bawah dan biarkan ia mengalir ke luar beberapa minit sehinggalah air yang keluar itu kelihatan bersih.
Kemudian dari atas pula. Gunakan pancutan air berterusan yang sederhana alirannya ia bertujuan untuk membersihkan keladak-keladak yang berada di dalam ruang radiator.
Kemudian kita gunakan berus gigi bagi membersihkan keladak-keladak yang terdapat di dinding water pump dan bilahnya.
Setelah semua proses pembersihan tadi selesai, masa untuk memasang semula. Ingat pastikan semua skru diikat pada tempat yang betul dan diikat dengan tork yang sesuai.
Kita gantikan cecair yang keluar tadi dengan cecair baru. Gunakan radiator coolant yang boleh dibeli di pasar raya ataupun di kedai alat ganti. Jangan gunakan air paip kerana ia mengandungi klorin yang akan mendak di dalam enjin dan radiator yang lama kelamaan akan menyebabkan ia tersumbat dan juga jangan gunakan air hujan kerana ia mengandungi asid yang akan mengkakis permukaan enjin.
Sekiranya radiator coolant ini tidak dapat dicari, gunakan air mineral botol atau air masak yang telah disejukkan untuk diisi ke dalam radiator.

setelah dimasukkan coolant, hidupkan enjin biar ia dalam keadaan melahu buat beberapa ketika. Lihat cecair melalui radiator jika ia berkurang tambah sedikit-demi sedikit sehingga ia mencukupi.(Sewaktu enjin dihidupkan paras air akan turun kerana ia telah dipam masuk ke dalam ruang penyejukkan di dalam enjin)
Kemudian tutup radiator dengan kemas dan pastikan tiada kebocoran berlaku maka misi selesai

wassalam, jumpa lagi