Saturday, May 4, 2013

DIY - servis radiator dan water pump

Assalamualaikum, kali ini saya akan jalankan DIY berkaitan radiator dan water pump. Seperti yang kita semua maklum radiator dan water pump merupakan komponen yang penting bagi enjin yang menggunakan sistem penyejukkan cecair, ini bermakna air digunakan sebagai agen penyejuk bagi enjin bagi mengelakkan kepanasan melampau yang akhirnya akan merosakkan sesebuah enjin.

 Ada 4 skru yang mengikat rumah pam air ini, gunakan spanar bersaiz 8mm untuk membukanya.

inilah 4 batang skru yang telah dibuka , 3 panjang 1 pendek dan ada washer. Pastikan kedudukannya terlebih dahulu supaya apabila kita hendak memasang  semula skrunya nanti ia berada di tempat yang betul. Jika kita salah memasang skru , kebocoran akan berlaku.Skru yang pendek dan mempunyai washer itu merupakan "drain bolt", jika hanya nak keluarkan cecair di dalam radiator cukup dengan hanya membuka skru ini sahaja.
inilah rupanya water pump tu, materialnya dibuat daripada bahan seakan plastik. Nampak tak keladak yang ada di dinding tu, inilah yang akan kita bersihkan. Bilah water pump ini digerakkan secara mekanikal melalui syaf yang bersambung di dalam enjin. Apa yang kita perlu periksa ialah :
1. pastikan bilahnya dalam keadaan baik (tidak retak/serpih)
2. Sealnya dalam keadaan baik.
Cuba gerakkan sedikit bilahnya ke depan dan ke belakang untuk memastikan ia tidak longgar.
Kebanyakkan kes overheat terjadi apabila  kipas water pump ini telah patah dan ia tidak mampu untuk mengepam air masuk ke lubang penyejukkan yang berada di dalam enjin.

Sekarang masa untuk mencuci, masukkan hose air dari bawah dan biarkan ia mengalir ke luar beberapa minit sehinggalah air yang keluar itu kelihatan bersih.
Kemudian dari atas pula. Gunakan pancutan air berterusan yang sederhana alirannya ia bertujuan untuk membersihkan keladak-keladak yang berada di dalam ruang radiator.
Kemudian kita gunakan berus gigi bagi membersihkan keladak-keladak yang terdapat di dinding water pump dan bilahnya.
Setelah semua proses pembersihan tadi selesai, masa untuk memasang semula. Ingat pastikan semua skru diikat pada tempat yang betul dan diikat dengan tork yang sesuai.
Kita gantikan cecair yang keluar tadi dengan cecair baru. Gunakan radiator coolant yang boleh dibeli di pasar raya ataupun di kedai alat ganti. Jangan gunakan air paip kerana ia mengandungi klorin yang akan mendak di dalam enjin dan radiator yang lama kelamaan akan menyebabkan ia tersumbat dan juga jangan gunakan air hujan kerana ia mengandungi asid yang akan mengkakis permukaan enjin.
Sekiranya radiator coolant ini tidak dapat dicari, gunakan air mineral botol atau air masak yang telah disejukkan untuk diisi ke dalam radiator.

setelah dimasukkan coolant, hidupkan enjin biar ia dalam keadaan melahu buat beberapa ketika. Lihat cecair melalui radiator jika ia berkurang tambah sedikit-demi sedikit sehingga ia mencukupi.(Sewaktu enjin dihidupkan paras air akan turun kerana ia telah dipam masuk ke dalam ruang penyejukkan di dalam enjin)
Kemudian tutup radiator dengan kemas dan pastikan tiada kebocoran berlaku maka misi selesai

wassalam, jumpa lagi








No comments:

Post a Comment