Wednesday, November 27, 2013

DIY - Pesan Sparepart Megelli - on line

Antara persoalan yang kerap ditanya "Macam mana sparepart moto ni, senang dapat tak". Bagi part yang bersifat universal seperti tayar, rantai, bulb dan yang sewaktu dengannya tiada masalah, ia boleh didapati di kedai motor biasa.
Namun bagi part yang spesifik untuk Megelli memang tiada di kedai biasa. Habis tu macam mana? Jangan risau ada caranya untuk anda dapatkan part yang anda kehendaki.Jika anda tinggal di Shah Alam, boleh terus pergi ke SC di Kota Kemuning atau di Tropicana Motor di Seksyen 7.
Cara kedua, pesanan online dan part anda akan dihantar sehingga di depan pintu rumah.

 DAIICHI ON LINE.

Sebelum tempahan boleh dibuat, anda harus mendaftarkan motor anda ke dalam sistem Daiichi on line di alamat http://dag.dyndns.biz/nbwms/.
Sewaktu mendaftar anda akan diminta untuk memasukkan model motor anda, no. enjin, no. casis dan no. pendaftaran motor.
Lengkapkan maklumat seperti yang diminta, kupon percuma untuk 1st servis juga boleh dimuaturun dan dicetak disini.
Untuk mula membuat pesanan, klik tab Spare Part Order kemudian pilih model motor anda.
Daripada senarai katalog, pilih bahagian mana part yang anda ingin pesan dan rajah part yang anda ingin pesan akan muncul beserta nombor harganya.
Selepas itu hanya klik pada "Add to order"

Kemudian confirmkan pesanan anda, cetak dan fax ke nombor yang diberitahu atau kalau malas emelkan aje PO tu. Setelah selesai anda boleh buat pembayaran melalui on line atau kaunter pada  no acc yang diberikan dan part anda akan dihantar ke depan pintu.

Contoh PO yang saya order

pembayaran melalui maybank2u


Pengesahan penerimaan dan penghantaran melalui emel.

Selamat mencuba




3 comments:

  1. Ada jual set motor yang belakang tu x?? Pm harga nya ni no sy boleh whatsapp pada sya +60166247593

    ReplyDelete
  2. Ada jual stater motor megeli 250r

    ReplyDelete
  3. nak cari gasket enjin mageli 250 dan kipas coolant

    ReplyDelete