Sunday, October 28, 2012

Genting Highland


Biasanya aku pergi ke puncak Genting ini menaiki kereta kabel. Namun hari ini nak try pula ride naik sampai atas. 8.00 pagi bersiap kali ini Mem nak ikut sekali...jom layan.Memulakan perjalanan dengan memasuki mrr2 menuju ke Gombak da masuk ke susur Karak . Crusing speed cuma 80 - 90 km/j sambil menikmati keindahan hutan dan gunung-ganang di sekeliling.Memandangkan ini kali pertama ride sampai ke puncak, maka aku mengambil pendekatan berhati-hati dan ride dengan kelajuan yang biasa sahaja.Ngeri juga tengok rider-rider yang berassap lutut layan koner, bagi aku ikut selera masing-masing la.Kira-kira 50 minit ride, maka aku dan mem sampai juga ke puncak genting. Sejuk oi, hari pula agak mendung maka kami mengambil keputusan untuk turun kembali.

KL - Port Dickson - Minum air / isi minyak - Salak Tinggi - KL



Kali ini Aku akan ride ke Port Dickson. Pada mulanya Uztaz Lan akan ikut serta, namun ada kekangan maka aku akan ride solo ke PD. Sarapan di Menara TM dan berlepas ke PD kira-kira jam 9.30 pagi.
Perjalanan melalui lebuhraya PLUS menuju ke selatan. Cuaca alhamdulillah sangat baik dengan kelajuan 90 - 114 km/j. Terus masuk ke susur keluar PD seterusnya melalui lebuhraya Seremban - P. Dickson. Tiba di Pantai Teluk Kemang kira-kira jam 10.20 pagi.
Refuel di Petronas dan singgah di pantai kira-kira 20 minit. Perjalanan ke KL aku akan melalui jalan lama ke Banting - Salak Tinggi - Kajang - Sg Long. Secara keseluruhannya perjalanan melalui jalan lama lebih menyeronokkan daripada melalui lebuhraya.

Saturday, October 20, 2012

First long ride

Ride pertamaku ialah ke Bagan Datoh, lebih kurang 300km pergi dan balik. Tujuan ride ini ialah untuk menguji prestasi motorku. Memulakan perjalanan pada pukul 8.50 pagi melalui jalan Duta lalu masuk ke lebuhraya Plus arah Utara. Keluar di simpang Sg Buloh dan terus menyelusuri jalan ke Kuala Selangor. Sampai di Kuala Selangor pada pukul 9.40 pagi terus cari kedai motor untuk tukar minyak enjin motorku.


 Setelah berhenti kira-kira 1/2 jam , perjalanan diteruskan menyusuri jalan Kuala Selangor - Sabak Bernam. Cuaca baik dan panas terik. Sampai di Bagan Datoh kira-kira pukul 12.00 tgh. Alhamdulilah motor dapat menjalankan tugasnya dengan cemerlang.Disebabkan spedometer motor belum lepas 1000km , crusing speed hanya sekitar 75 - 100 km/j.