Wednesday, December 4, 2013

DIY- Water pump seal & Shaft

Assalamualaikum, bersua kembali dengan DIY seterusnya. DIY kali ini merupakan yang paling besar dan agak mencabar, namun belum cuba belum tahu, let's go...
Seperti entri sebelum ini jika kita dapati coolant telah menitik atau keluar dari lubang halus (rujuk entri sebelum ini) menunjukkan bahawa seal dan shaft water pump hampir tiba ke penghujung hayatnya. Saya telah gunakan motor ini lebih dari setahun dan odometernya menunjukkan jarak perjalanan 9000 km lebih.
Baru kelmarin saya sedari ada coolant yang menitik keluar dari lubang kecil tu.Masalah ini merupakan masalah yang biasa dan akan dihadapi oleh semua motorsikal tidak mengira jenama, jika ia mengunakan mekanisma yang sama bagi memutarkan kipas water pump.
Langkah pertama ialah kita cari sparepart dulu. Jika sebelum ini saya membuat pesanan online, tetapi kali ini saya terus ke servis centre di Kota Kemuning.
Inilah dia rupanya seal dan shaft water pump tu...comel jer..
Spare part dibeli dengan harga Rm 27.00 (jimat duit pos). Sembang sekejap dengan pomen Wong (peramah orangnya) mengenai DIY yang saya akan lakukan.
Inilah alat yang kita perlukan bagi melakukan kerja-kerja ini:
1.Tukul gadin
2.Skru driver
3.Spanar T 8mm
4.Spanar klip.
Mula-mula


keluarkan semua minyak enjin.
inilah lubang yang coolant menitik tu
Buka cover water pump
buka kipas water pump.
Buka 10 skru 8mm yang ada disekeliling cover enjin tu

Skru ni yang susah sikit hendak dibuka sebab ia terlalu rapat dengan casis , kena guna spanar T yang betul-betul boleh muat pada ruangan yang sempit tu.(Yang ni kena sabar dan buat dangan penuh kasih sayang hee...he..)
Yahoo...sudah berjaya, cabaran pertama sudah selesai. Bila cover ini dibuka kita akan dapat lihat klac dan beberapa set gear.
Inilah cover kanan yang telah dibuka.
Part yang kita nak tukar tu melekat pada cover ini.
inilah dia part yang kita akan tukar.
10 batang skru cover enjin, panjang dan bunga sama jadi tak jadi masalah kalau tertukar kedudukan semasa memasang kembali nanti.
Alang-alang dah buka kita cubalah cek mana-mana bahagian yang ada, mana tau ada gigi gear yang problem ke (Alhamdulillah semuanya baik).
Spanar klip yang akan kita gunakan untuk membuka klip pada seal nanti. Boleh didapati di kedai barang keras dengan harga Rm 9.90.
Nampak tak lubang klip tu, itulah yang kita akan buka bagi membolehkan shaft itu dapat dikeluarkan. Ada dua klip satu di luar dan satu lagi di dalam.
Gunakan spanar klip dan cabut ia keluar (Hati-hati agar klip tidak terpelanting)
Klip pertama yang sudah dikeluarkan.
Apabila klip pin yang diluar sudah dikeluarkan, shaft sudah boleh dicabut keluar.
Gunakan tukul gadin getah dan ketuk perlahan-lahan sehingga semua bahagian shaft terkeluar.
Inilah shaft yang sudah dikeluarkan.Nampak tak garis pada shaft tu, inilah kesan kehausan yang menyebabkan coolant boleh menitik keluar melaluinya.
lagi gambarnya..
Perbandingan shaft lama dan baru. Comei tak Kak Ton....
Ada dua seal yang kita akan tukar, satu yang di dalam bewarna coklat (oil seal)  dan di luar bewarna hitam (water seal)
Seal baru (Coklat untuk di dalam, hitam di luar)
Mula-mula kita keluarkan dulu seal warna hitam di luar, cungkil dengan skru driver (hati-hati buat perlahan-lahan agar casing tidak terluka)
Ok , berjaya. Ada satu lagi seal di dalam yang bewarna coklat. Sebelum seal ini boleh dikeluarkan kita perlu buka satu lagi klip pin yang ada di dalam tu.
Setelah pin ini dikeluarkan barulah kita cungkil pula seal warna coklat yang di dalam ( yang ini agak mencabar buat dengan sabar ye)
seal coklat yang telah dikeluarkan
Inilah dia rupa kedua seal yang telah dikeluarkan.
Inilah lubang yang telah ditinggalkan oleh kedua seal itu tadi, sebelum kita masukkan seal yang baru bersihkan dahulu.
Mula-mula kita perlu masukkan seal yang di dalam dahulu yang bewarna coklat (oil seal) dan pastikan kedudukan seal tidak terbalik semasa memasangnya, lumurkan sedikit minyak pelincir bagi memudahkan ia dimasukkan nanti.
Letakkan seal pada kedudukan yang betul dan ketuk perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang dengan menggunakan tukul gadin (Jangan guna tukul besi) bagi mengelakkan kerosakkan pada seal itu
Setelah seal berada dikedudukannya, klip kan kembali safety pinnya.
Selesai satu seal.
ulangi semula proses yang sama untuk seal yang kedua (water seal)
Setelah seal hitam kemas di kedudukannya. Masukkan shaft dari dalam.
Jangan lupa untuk pinkan kembali safety pin ye.
Safe and sound
Pasang semua kipas water pump.
Sebelum kita pasang semula cover ini jangan lupa gasketnya, jika tidak nanti akan berlaku kebocoran minyak enjin.

Letak kembali cover mengikut kedudukan yang betul.
Saya mulakan dengan skru yang susah ni dulu.
Ikat semua 10 skru dan water pump dengan tork yang sesuai dengan kemas.
Selesai. Masukkan semula minyak enjin dan air dalam radiator, cuba run in kan enjin beberapa ketika untuk melihat jika ada kebocoran minyak atau air. Jika tiada , alhamdulillah selesai.


Rajah pecahan cover enjin sebelah kanan.

Selamat mencuba.;)




































7 comments:

  1. Cikgu,nak email boleh tak?kalau boleh nak tanya pendapat pasal motor ni..tak pun kalau tak keberatan tolong email ke saye eh adieruslan234@gmail.com..tq cikgu =)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Cikgu.....Nk Tanya nie, Nk Order Sparepart Megelli nie kt kedai mana, apa alamat penuh & no Tel. Secara online lak ........tolong beri maklumat ye. Kat JB banyak kedai tahu jual je...tapi tk tahu nk service moto Megelli nie..

    ReplyDelete
  3. W'Salam, boleh contact 0149992611 Valentine NB Motor , cakap dan terus order.Ok

    ReplyDelete
  4. yang contact number di sarawak ada ke cikgu??sebab sy urgent nak order ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 0149992611 (valentine) / emel : valentine@nbmotors.com / alice.lam@nbmotors.com / siewjoon.chaw@nbmotors.com

      Delete