Friday, November 29, 2013

DIY - getah bateri, air filter dan keretakkan komponen plastik

Salam semua, ingat lagi tak part yang di pesan melalui online dulu. Setelah dua hari ia tiba dari Kuching.(Cara untuk pesanan boleh rujuk pada entri yang lalu).Setakat ini saya sudah buat 2 pesanan.
Apa benda la yang dipesan ye..inilah dia , getah pengikat cover bateri. Harganya (Rm 3.80) + kurier Rm 11.00.
Seperti biasa, apabila part yang kita pesan sudah sampai, terpulang kepada kita untuk pasang sendiri atau suruh mekanik di kedai pasangkan. Kalau yang mudah kita DIY je...
Disinilah ia akan dipasang kelak. seperti biasa seat dan tank perlu diangkat dahulu untuk kita memasang getah ini.
Senang je, plug and play. Dah siap.
Memandangkan kita dah angkat seat dan tank bolehlah tengok-tengok dan bersihkan habuk atau skru yang dah longgar.Saya nasihatkan untuk ketatkan skru pada kepala terminal bateri, jika ia longgar pengaliran elektrik masuk dan keluar akan terganggu dan banyak kes bateri tidak dicas dengan sempurna.
Seterusnya mari kita bersihkan air filter. Kedudukan box air filter ini adalah di bawah seat.Buka 4 skru yang mengikatnya dan keluarkan span penapisnya.
Tuh dia...hitam, bersihkan ia dengan vacum cleaner untuk menyingkirkan debu-debu dan kotoran yang melekat pada span ini. Air filter yang kotor akan menyebabkan pengaliran udara ke karburator tidak lancar dan mengurangkan kuasa enjin.
Saya juga telah mengesan ada keretakkan pada lock braket cover plastik tepi. Jadi kita repair. Ada dua cara untuk kita baiki keretakkan ini, pertama dengan kaedah plastik welding dan yang kedua kita gunakan epoxy.
Ini yang saya gunakan 4 minutes rapid steel epoxy yang boleh didapati di kedai barang keras (hardware)
Campurkan dua bahan epoxy ini dan gaulkan secukup rasa.
Selepas itu cuma ratakan pada bahagian yang retak tersebut, biarkan ia mengering kira-kira 5 minit dan selesai.

Wassalam









Thursday, November 28, 2013

Benelli 302 cc (BN300) 2014

Benelli 302 cc ini telah membuat kemunculannya di EICMA Milano Motorcycle , Italy. Dilengkapi dengan enjin sejukkan cecair dua silinder sebaris bersesaran 302cc. Sekali imbas rupa BN302 ini mirip dengan er6n dari kawasaki.
 



Mengikut sumber yang diperolehi daripada FB Fan Benelli, model ini telah dijual di Thailand dengan harga 129, XXX bath (convert sendiri lah ye).
Dengan rupa dan ciri-ciri yang ada pada model ini, serta harga yang kompetitif ia mungkin akan mencetuskan fenomena baru arena permotoran jika Keeway Benelli Malaysia membawa ia masuk untuk pasaran tempatan.

Terjemahan Reviev dari MotorBeam.com
http://www.motorbeam.com/bikes/benelli/2014-benelli-bn302-specifications-pictures/

Benelli telah melancarkan motosikal baru peringkat kemasukan , BN302 . Ia  padat dalam saiz dan disasarkan kepada penunggang muda dan pelumba baru . Gaya ini telah diperolehi daripada model yang lebih besar iaitu Benelli BN600 . Elemen-elemen reka bentuk otot dan kukuh tetapi pembuat motosikal ini telah berjaya menjadikannya sebagai motosikal padat. Dijanakan Benelli BN302 dengan 300cc , enjin selari berkembar, dengan sistem suntikan bahan api. Enjin ini  menghasilkan output kuasa maksimum 37 HP pada 11,500 RPM dan tork puncak sebanyak 27.1 Nm pada 9000 RPM, dipadankan dengan penghantaran 6- kelajuan.Pembuat motosikal Itali mendakwa bahawa Benelli BN302 adalah tangkas dan responsif cukup untuk menakluk pemanduan bandar sesak. Motor yang diukir pada rangka keluli jari-jari . Persediaan suspensi terdiri daripada 41 mm terbalik hidraulik - redaman fork depan dan penyerap kejutan dengan pelarasan  spring di belakang. Untuk prestasi brek berkesan, Benelli BN302 didatangkan dengan brek cakera berkembar 260 mm di hadapan dan brek cakera 240 mm tunggal di belakang.Benelli BN302 mempunyai roda aloi 17 inci  dengan 120/70 saiz tayar di hadapan dan 160/60 saiz tayar di belakang. Tahap kemasukan Benelli datang dengan kapasiti tangki bahan api yang agak besar 17- liter. Butiran berat dan dimensi adalah belum diketahui dan harga yang Benelli BN302 baru akan diumumkan semasa pelancarannya pada pertengahan 2014. Ia akan dilancarkan pada mulanya untuk pasaran Eropah dan kemudian mengikuti ke negara-negara lain. Yang BN302 boleh didapati dalam oren dan pilihan warna putih. Kami tidak menjangkakan Benelli untuk melanda negara kita tidak lama lagi tetapi permintaan untuk segmen ini di India telah bermula.


Wednesday, November 27, 2013

DIY - Pesan Sparepart Megelli - on line

Antara persoalan yang kerap ditanya "Macam mana sparepart moto ni, senang dapat tak". Bagi part yang bersifat universal seperti tayar, rantai, bulb dan yang sewaktu dengannya tiada masalah, ia boleh didapati di kedai motor biasa.
Namun bagi part yang spesifik untuk Megelli memang tiada di kedai biasa. Habis tu macam mana? Jangan risau ada caranya untuk anda dapatkan part yang anda kehendaki.Jika anda tinggal di Shah Alam, boleh terus pergi ke SC di Kota Kemuning atau di Tropicana Motor di Seksyen 7.
Cara kedua, pesanan online dan part anda akan dihantar sehingga di depan pintu rumah.

 DAIICHI ON LINE.

Sebelum tempahan boleh dibuat, anda harus mendaftarkan motor anda ke dalam sistem Daiichi on line di alamat http://dag.dyndns.biz/nbwms/.
Sewaktu mendaftar anda akan diminta untuk memasukkan model motor anda, no. enjin, no. casis dan no. pendaftaran motor.
Lengkapkan maklumat seperti yang diminta, kupon percuma untuk 1st servis juga boleh dimuaturun dan dicetak disini.
Untuk mula membuat pesanan, klik tab Spare Part Order kemudian pilih model motor anda.
Daripada senarai katalog, pilih bahagian mana part yang anda ingin pesan dan rajah part yang anda ingin pesan akan muncul beserta nombor harganya.
Selepas itu hanya klik pada "Add to order"

Kemudian confirmkan pesanan anda, cetak dan fax ke nombor yang diberitahu atau kalau malas emelkan aje PO tu. Setelah selesai anda boleh buat pembayaran melalui on line atau kaunter pada  no acc yang diberikan dan part anda akan dihantar ke depan pintu.

Contoh PO yang saya order

pembayaran melalui maybank2u


Pengesahan penerimaan dan penghantaran melalui emel.

Selamat mencuba