Thursday, January 24, 2013

Port Dickson III






Alhamdulillah akhirnya menjadi juga ride ini setelah 2 minggu dirancang. Pada awalnya kami merancang untuk ke Fraser Hill, namun kemudian ditukar ke PD.

RV point di Petronas Suntex, menunggu ahli-ahli yang lain tiba.
Ride kali ini disertai oleh Ejad, Midon, Israq dan Husaini. Berkumpul di RV point jam 8.00 pagi. Cuaca pada pagi ini agak mendung, tetapi tidak hujan.Kami mengambil keputusan untuk bersarapan dulu.
breakpassss dulu...
Selesai sarapan, perjalanan diteruskan ke PD melalui lebuhraya LEKAS.

Israq dengan skill menunggang tahap gaban.
Sepanjang perjalanan cuaca baik, redup dan sangat menyenangkan.
Kira-kira 50 minit menunggang kami tiba di Petronas Putra Senawang, rehat sekejap dan memutuskan untuk minum di cendol Leman Dawi dahulu sebelum ke PD.

Cendol Leman Dawi, yang menariknya di sini ialah beli sekali boleh tambah banyak kali secara percuma.
ni tuan punya kedai En Leman Dawi.
Selesai minum cendol, perjalanan kami diteruskan ke PD . Dari Senawang kami bergerak masuk ke lebuhraya untuk ke PD.Cuaca mendung dan hujan renyai-renyai mula turun ketika kami masuk ke lebuhraya Seremban - PD. Keputusan diambil untuk berhenti seketika di R&R menunggu hujan reda.


Menunggu hujan reda.
Kira-kira 20 minit menunggu, hujanpun berhenti maka kami meneruskan perjalanan ke PD.





Sampai ...........

Solat dulu...






Aktiviti di PD.

Ketika perjalanan balik hujan turun dengan lebat, namun kami memutuskan untuk meneruskan perjalanan balik melalui lebuhraya PLUS.
Tiba di persimpangan Kajang pada pukul 6.20 petang dan kami bersurai di sini lalu meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing.






Monday, January 14, 2013

Yang mana satu idaman kalbu, siri 250 yang ada di Malaysia

Kepada mereka yang ingin berjinak-jinak dengan motor yang ber cc besar dan tak nak upgrade lesen, rasanya bolehlah bermula dengan 250. Ini motor yang berada di pasaran kita, pilih-pilih mana yang berkenan..
Kawasaki Ninja 250, rasanya inilah motor yang paling banyak ditunggang dalam kelas 250 kat sini. Gambar kat atas ni model 2013. Sebelum ni Kawasaki keluarkan model zzr dan zx2r.

Enjin : 4 stroke , 2 silinder parallel , sejukkan cecair , DOHC 8 injap.
Harga : Rm 24650

Ni jugak keluaran Kawasaki, Eliminator VNII  250 (Vulcan 2). Sebelum ni Kawasaki memang sudah keluarkan model ni, cuma yang ini telah dibentuk semula.

Enjin : 4 stroke , V twin , sejukkan cecair , DOHC 8 injap
Harga : Rm 25989

CBR 250 daripada Honda, Motor ni ada 2 versi , standard dan dengan ABS.

Enjin : 4 stroke , 1 silinder , sejukkan cecair , DOCH 4 injap
Harga: standard Rm 20499 , ABS Rm 21800



Naza Blade 250, model blade ni ada 2 yang full firing macam kat atas dan naked.

Enjin : 4 stroke , V twin , sejukkan minyak , DOCH 8 injap
Harga : Full fairing Rm 13990 , Naked Rm 12990

Sebuah lagi motor cruiser aka motor kangkang daripada Keeway , Dorado 250.

Enjin: 4 stroke , V twin , sejukkan udara
Harga : Rm 12 850

Ni pulak Megelli 250, baru masuk .Ada 3 model rr,sr dan mr.

Enjin : 4 stroke , 1 silinder , sejukkan cecair , Sohc 4 injap.
Harga : Full fairing Rm 15980 , Naked Rm 14 880 , Motard Rm 14 580.

Sym T2, rupa ada ala-ala er6n.                             T2 250

Enjin : 4 stroke , 1 silinder , sejukkan cecair , 4 injap, efi
Harga : Rm 16000

Z250
Terbaru daripada Kawasaki, adik beradik z1000,z750 dan z 800.
Enjin : 4 stroke, twin parallel silinder, sejukkan cecair, 8 injap , efi
Harga : Rm 23000


Sebenarnya ada lagi motor ber cc 250 yang ada, cuma tidak dikeluarkan lagi oleh pengilang, kalau nak cari second hand ada lagi.
harga dalam lingkungan Rm 5000 - 7000

baby ninja ZX2r , antara motor yang harganya masih maintain, bunyi sedap 4 silinder inline.
Harga Rm 9000 - 15 000

El 250 harga Rm 5000 - 6000

Virago 250 Rm 6000-9000

 Demak Cougar Rm 5000-8000


Naza cruise 250 Rm 5000 - 13000


Kawasaki Ninja 250 sl
Terkini daripada Kawasaki , Ninja 250 sl ( Single silinder)
Rm 17 688

z 250 sl ( single silinder)
*akan dilancarkan, harga anggaran Rm 16 000

Terbaru dari Naza Motor, Naza N5.
Harga Rm 13 148
Doch 4 injap , 1 silinder , sejukkan cecair


Di harapkan post ini dapat dijadikan panduan kepada semua.
* harga yang ditunjukkan adalah harga yang dapat diselidiki dari pelbagai laman web yang lain, ia mungkin berbeza dari masa ke semasa mengikut kehendak pengilang + cukai dll.

wassalam.











Monday, January 7, 2013

Megelli ni buatan mana?

 Megelli Motorcycles Official Site
Megelli......tak pernah dengarpun , ini motor baru ke bang. 
Inilah soalan yang kerap ditanya sewaktu saya menunggang motor ini ke mana-mana.
Jawapannya , Ya brand ni baru masuk ke Malaysia.
Sapa yang buat motor ni , UK ke China? tengok kat kulit enjin dia tulis UK tapi ada orang kata moto China, mana satu yang betul.

Di sini saya cuba tuliskan sedikit pencerahannya.

1. Jenama
Megelli ialah jenamanya , sama seperti Samsung, Sony, Toyota, Kodak, HP dll. Syarikat pemilik jenama Megelli ini berpangkalan di United Kingdom (http://megelli.com/). Cuba tengok handphone kita jenamanya Samsung made in China walaupun Samsung itu syarikat Korea.

2. CKD atau CBU
Untuk pasaran Malaysia, motor ini dikategorikan sebagai CKD (Completely Knocked Down) di mana komponen motor datang dalam bentuk terurai dan dipasang semula di Malaysia (Kilang Daiichi di Kuching)  menyebabkan cukai yang dikenakan lebih rendah berbanding jika ia datang dalam bentuk CBU (Completely Built-Up). Di Indonesia ia dipasang semula oleh Minerva Sachs di China dipasang oleh Bennche manakala Malaysia oleh Daiichi.

3.Sparepart.
Komponen enjin datang dari beberapa tempat seperti China, Taiwan dan Jepun. Memandangkan ia dipasang di Kuching, setakat ini sparepart boleh didapati dengan mudah.Pengalaman saya sendiri, pernah membeli alat ganti dari Daiichi Kuching dan sampai dalam masa 2 hari sahaja. Kini Daiichi sudah membuka pusat servis di Kota Kemuning Shah Alam.

4. Rekabentuk
 Kajian rekabentuk dijalankan oleh E.D.I Progetti iaitu syarikat dari Italy yang juga membuat rekabentuk bagi motor keluaran Aprillia dan Benelli. Jadi tidak hairan ada unsur-unsurnya pada motor ini.





Laman web rujukan http://www.ediprogetti.it/index_en.php

4. Siri
Di Malaysia terdapat tiga siri bagi motor ini iaitu mr, sr dan sport rr kesemuanya bersesaran 250cc, 4 injap satu silinder sohc, sistem penyejuk cecair dengan enam kelajuan.






Sport rr
SR (naked)



MR (motard)

Kesimpulan peribadi saya
Tidak dapat dinafikan benda baru memang ada kelemahannya ditambah lagi dengan pandangan komponen keluaran China yang sering dianggap kurang bermutu. Namun bukan semua komponen motor ini datang dari China dan semestinya tidak bermutu. Kebanyakkan Syarikat gergasi dunia  akan mendirikan kilang-kilang pengeluaran mereka di Asia sebagai strategi perniagaan di tambah dengan kos pengeluaran yang berpatutan. Contoh : Honda di Thailand, KTM di India.
Negara China juga sebenarnya lebih maju dari segi teknologi, mereka sudah mampu melancarkan roket buatan mereka sendiri, malah tanpa kita sedari tren komuter yang kita pakai hari ini juga made in China.
Mudah rosak? tidak juga. Ada juga jenama yang sudah terkenal mengalami masalah. Semuanya begitu subjektif, bergantung kepada cara kita menjaga dan menyelenggara motor ini.
Berbaloi? bagi saya agak berbaloi dengan harga yang ditawarkan dengan sesaran enjin  250cc.

Wassalam.