Showing posts with label Tengok-tengok. Show all posts
Showing posts with label Tengok-tengok. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

Perkara yang perlu diberi perhatian pada Megelli

Tulisan ini adalah berdasarkan pengalaman terhadap motor megelli sr saya, dan mungkin berbeza kepada pemilik megelli yang lain.
Berikut adalah perkara yang perlu diberi perhatian kepada motor megelli anda.

1. Exzos braket.
Ada 3 braket untuk mengikat exzos. Selalu perhatikan ketiga-tiga braket ini. Banyak kes sebelum ini braket exzos ini patah dan saya telah mengalaminya sekali. Selagi di dalam jaminan penukarannya percuma. Mengikut perkembangan terkini, pihak pengeluar dikatakan telah menambah baik bagi mengatasi masalah ini.

2. Getah dari karburator ke kebuk pembakar.
Getah ini merupakan penyambung dari karburator ke kebuk pembakaran. Apa yang berlaku pada saya ialah, getah tersebut telah retak dan pecah lalu saya telah  gantikan getah ini dengan hose radiator dan diperkuatkan dengan hose clamp (seperti di dalam gambar). Saya juga ada membeli getah asal (rm 45) sebagai spare sahaja.

3. Lampu belakang
Lampu akan menjadi perang akibat tail exzos yang pendek (hal ini hanya berlaku pada motor yang mempunyai tail exzos yang pendek sahaja). Cara mengatasinya ialah selalu "polish" tail light ini.
Lampu ini juga boleh dimasuki air melalui seal tepinya menyebabkan ia berwap.Cara mengatasinya gunakan silikon sealer dan sapu pada sepanjang seal lampu itu.

4. Skru tongkat
Selalu awasi 2 skru ini, ia boleh hilang begitu sahaja ketika menunggang (saya telah alami dua kali). Pada pendapat saya semua skru pada moto ini juga harus kerap diperiksa. Skru boleh dibeli di kedai hardware dengan harga 30 sen sebatang.

Sekian sahaja tulisan saya, moga ia dapat dijadikan panduan kepada semua pemilik megelli dan  pendapat saya juga kita perlu kreatif dalam menangani perkara yang berlaku pada motor kita . Wassalam