Monday, December 10, 2012

DIY power outlet 12 v

Assalammualaikum, kisah kali ini mengenai pemasangan power outlet 12 v pada megelli saya. Power outlet ini boleh digunakan untuk mengecas GPS,  handset atau lain-lain yang seangkatan dengannya.

Power outlet ini dibeli dari kedai RadioShack di Mid Valley.
Dalam memulakan operasi ini perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengangkat tank.
Buka tempat duduk dan dua skru ini.
Sebelum tank dapat diangkat ada tiga perkara yang harus dicabut dahulu.
1.Cover atas tepi kiri dan kanan.
2. Unplug soket indicator minyak.
3. Fuel line , pastikan ditutup dahulu dengan menolak tuil ke tengah.
Selepas 3 perkara ini dilakukan barulah tank akan dapat diangkat keluar.


Dalam DIY ini saya lakukan penyambungan terus wayar + dan - ke terminal bateri. Kit power outlet ini disertakan dengan fius.

setelah semua wayar disambungkan, kemaskan semua wayar dengan cable tie dan pembalut wayar, pada bahagian wayar di bawah bateri saya lekatkan dengan aluminium sticker (boleh didapati di kedai hardware) bagi mengelakkan kepanasan pada wayar itu nanti.

inilah rupenya setelah diikat dengan braketnye di handle bar, power inlet ini juga disertakan dengan penutup bagi mengelakkan dimasuki air.
 test......sukses
disambungkan kepada gps.

inilah hasil akhirnya.

kos.
1. Power outlet Rm 12.00
2. Braket RM 20
3. GPS holder RM 80
4. Air peluh he...he....

wassalam sampai jumpa lagi.






2 comments:

  1. hebat bro. banyak D.I.Y.
    trima kasih jenguk blog saya haritu.

    InsyaAllah saya promote sikit blog bro,saya sertakan link bro tepi blog saya tu. dan mohon nak post (dengan kredit) sesetengah entri tuan.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  2. takde masalah, kita buat DIY mana yang termampu semoga ia mampu mewarnai dunia motosikal

    ReplyDelete