Tuesday, October 15, 2013

DIY - Tukar Signal

Signal lama yang telah patah pada bahagian getahnya akibat proses wear and tear.

Bagi menyempurnakan proses DIY ini, keseluruhan bahagian headlamp perlu dibuka dan ditanggalkan, jika tidak singnal tidak boleh dibuka skrunya.

Bahagian yang bewarna silver dan hitam perlu dipisahkan kerana skru pengikat signal berada di antaranya.


Gunakan spanar bersaiz 17 untuk membuka skru pengikat signal.

Signal baru yang akan dipasang, dibeli dengan harga Rm 23.00 sepasang.





pemasangan sangat mudah, masukkan sahaja ke dalam slot signal dan ketatkan semula skrunya. Pastikan sudut bagi signal betul sebelum di ketatkan.

Yahoo..siap, masa untuk memasang semula .

Pasang semula, sambungkan semua pendawaian elektriknya dan uji, sukses.

No comments:

Post a Comment