Friday, November 29, 2013

DIY - getah bateri, air filter dan keretakkan komponen plastik

Salam semua, ingat lagi tak part yang di pesan melalui online dulu. Setelah dua hari ia tiba dari Kuching.(Cara untuk pesanan boleh rujuk pada entri yang lalu).Setakat ini saya sudah buat 2 pesanan.
Apa benda la yang dipesan ye..inilah dia , getah pengikat cover bateri. Harganya (Rm 3.80) + kurier Rm 11.00.
Seperti biasa, apabila part yang kita pesan sudah sampai, terpulang kepada kita untuk pasang sendiri atau suruh mekanik di kedai pasangkan. Kalau yang mudah kita DIY je...
Disinilah ia akan dipasang kelak. seperti biasa seat dan tank perlu diangkat dahulu untuk kita memasang getah ini.
Senang je, plug and play. Dah siap.
Memandangkan kita dah angkat seat dan tank bolehlah tengok-tengok dan bersihkan habuk atau skru yang dah longgar.Saya nasihatkan untuk ketatkan skru pada kepala terminal bateri, jika ia longgar pengaliran elektrik masuk dan keluar akan terganggu dan banyak kes bateri tidak dicas dengan sempurna.
Seterusnya mari kita bersihkan air filter. Kedudukan box air filter ini adalah di bawah seat.Buka 4 skru yang mengikatnya dan keluarkan span penapisnya.
Tuh dia...hitam, bersihkan ia dengan vacum cleaner untuk menyingkirkan debu-debu dan kotoran yang melekat pada span ini. Air filter yang kotor akan menyebabkan pengaliran udara ke karburator tidak lancar dan mengurangkan kuasa enjin.
Saya juga telah mengesan ada keretakkan pada lock braket cover plastik tepi. Jadi kita repair. Ada dua cara untuk kita baiki keretakkan ini, pertama dengan kaedah plastik welding dan yang kedua kita gunakan epoxy.
Ini yang saya gunakan 4 minutes rapid steel epoxy yang boleh didapati di kedai barang keras (hardware)
Campurkan dua bahan epoxy ini dan gaulkan secukup rasa.
Selepas itu cuma ratakan pada bahagian yang retak tersebut, biarkan ia mengering kira-kira 5 minit dan selesai.

Wassalam









No comments:

Post a Comment