Sunday, January 26, 2014

Konvoi Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina - JKJR

Satu konvoi telah dianjurkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia peringkat Negeri Selangor sempena Perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut kira-kira seminggu dari sekarang. Konvoi kali ini disertai oleh 100 buah motosikal dari serendah 100 cc ke 1300 cc dan dibantu oleh 10 Marshal daripada PDRM dan Marshal pengiring.
Jarak perjalanan konvoi adalah lebih kurang 150 km, di mana peserta akan berhenti di 3 pits stop dan mengedarkan risalah mengenai kempen keselamatan jalan raya kepada pemandu dan penunggang motorsikal.
Majlis perasmian dan pelancaran konvoi dilakukan oleh Menteri Besar Selangor , Datuk Khalid Ibrahim.
Ucapan perasmian daripada Menteri Besar Selangor
Sessi Pendaftaran
Rakan-rakan Megelli yang turut serta.
Line up, 100 buah motor.
Marshal 
on the bike



Tiba di Chek point yang pertama, hentian R&R Dengkil arah Selatan.
Mengedarkan risalah keselamatan jalan raya kepada pemandu dan penunggang motorsikal.
Biar CERAH mudah dilihat.
Si Melly ku...




Konvoi pada hari itu berakhir kira-kira jan 1.30 pm dan diakhiri dengan jamuan dan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta konvoi.




No comments:

Post a Comment