Monday, January 7, 2013

Megelli ni buatan mana?

 Megelli Motorcycles Official Site
Megelli......tak pernah dengarpun , ini motor baru ke bang. 
Inilah soalan yang kerap ditanya sewaktu saya menunggang motor ini ke mana-mana.
Jawapannya , Ya brand ni baru masuk ke Malaysia.
Sapa yang buat motor ni , UK ke China? tengok kat kulit enjin dia tulis UK tapi ada orang kata moto China, mana satu yang betul.

Di sini saya cuba tuliskan sedikit pencerahannya.

1. Jenama
Megelli ialah jenamanya , sama seperti Samsung, Sony, Toyota, Kodak, HP dll. Syarikat pemilik jenama Megelli ini berpangkalan di United Kingdom (http://megelli.com/). Cuba tengok handphone kita jenamanya Samsung made in China walaupun Samsung itu syarikat Korea.

2. CKD atau CBU
Untuk pasaran Malaysia, motor ini dikategorikan sebagai CKD (Completely Knocked Down) di mana komponen motor datang dalam bentuk terurai dan dipasang semula di Malaysia (Kilang Daiichi di Kuching)  menyebabkan cukai yang dikenakan lebih rendah berbanding jika ia datang dalam bentuk CBU (Completely Built-Up). Di Indonesia ia dipasang semula oleh Minerva Sachs di China dipasang oleh Bennche manakala Malaysia oleh Daiichi.

3.Sparepart.
Komponen enjin datang dari beberapa tempat seperti China, Taiwan dan Jepun. Memandangkan ia dipasang di Kuching, setakat ini sparepart boleh didapati dengan mudah.Pengalaman saya sendiri, pernah membeli alat ganti dari Daiichi Kuching dan sampai dalam masa 2 hari sahaja. Kini Daiichi sudah membuka pusat servis di Kota Kemuning Shah Alam.

4. Rekabentuk
 Kajian rekabentuk dijalankan oleh E.D.I Progetti iaitu syarikat dari Italy yang juga membuat rekabentuk bagi motor keluaran Aprillia dan Benelli. Jadi tidak hairan ada unsur-unsurnya pada motor ini.





Laman web rujukan http://www.ediprogetti.it/index_en.php

4. Siri
Di Malaysia terdapat tiga siri bagi motor ini iaitu mr, sr dan sport rr kesemuanya bersesaran 250cc, 4 injap satu silinder sohc, sistem penyejuk cecair dengan enam kelajuan.






Sport rr
SR (naked)



MR (motard)

Kesimpulan peribadi saya
Tidak dapat dinafikan benda baru memang ada kelemahannya ditambah lagi dengan pandangan komponen keluaran China yang sering dianggap kurang bermutu. Namun bukan semua komponen motor ini datang dari China dan semestinya tidak bermutu. Kebanyakkan Syarikat gergasi dunia  akan mendirikan kilang-kilang pengeluaran mereka di Asia sebagai strategi perniagaan di tambah dengan kos pengeluaran yang berpatutan. Contoh : Honda di Thailand, KTM di India.
Negara China juga sebenarnya lebih maju dari segi teknologi, mereka sudah mampu melancarkan roket buatan mereka sendiri, malah tanpa kita sedari tren komuter yang kita pakai hari ini juga made in China.
Mudah rosak? tidak juga. Ada juga jenama yang sudah terkenal mengalami masalah. Semuanya begitu subjektif, bergantung kepada cara kita menjaga dan menyelenggara motor ini.
Berbaloi? bagi saya agak berbaloi dengan harga yang ditawarkan dengan sesaran enjin  250cc.

Wassalam.

















Sunday, December 30, 2012

Megelliku kembali

Setelah seminggu Megelli di bengkel akhirnya siap jugak, setelah sembang-sembang dengan Ah Chai antara barang-barang yang telah ditukar adalah seperti berikut:
1. Kulit enjin (seperti ditulis dalam tulisan lalu)
2. Pemijak kiri. ( Yang lama ada sedikit keretakan)
3. Inlet rubber.
4. Kotak penapis angin.
5. Radiator (katanya yang lama ada bocor sikit).



Hasilnya:
1.Bunyi enjin lebih sedap.
2.Tahap vibration berkurang.
3.Tork dan top yang lebih sedap.
4. Lebih senang nak cari gear "N" (sebelum ni melilau nak cari dan gear melompat) 

kelajuan yang dicapai dengan 1/2 throttle.

Saturday, December 22, 2012

Megelliku turun enjin....alamak

Menara condong Teluk Intan. (400 km pergi dan balik)

tunggu giliran
Seram jugak bunyi tajuk post ni, lebih-lebih lagi kalau yang baca ni pemilik megelli sedia ada atau yang baru nak angkat motor ni.
Selepas perjalanan jauh dua hari lepas tergerak hati nak ke bengkel Ah Chai kat Sek. 7 Shah Alam. Tujuannya untuk servis enjin. Ah Chai kata kena turun enjin.....alamak....apa pasal. Rope-ropenya pihak pengeluar memang akan memanggil motor-motor batch awal untukditukar kulit enjinnya.
Inilah bendanya yang akan ditukar, mengikut kata Ah Chai kulit enjin yang awal nipis dan pengeluar memanggil semula motor ni untuk digantikan dengan kulit enjin yang lebih tebal dan lebih kuat. Kepada pemilik megelli yang lain sepatutnya pihak penjual akan menghubungi anda untuk proses ini, jika tiada hubungi pihak penjual anda.
 Ah Chai
Proses penukaran sedang dijalankan.

sampai jumpa lagi, wassalam

Ninja 2013@PDRM


Sewaktu isi minyak di Petronas BMC, terserempak dengan dua biji motor milik PDRM terus snap gambar. Sembang dengan abang polis yang bawa motor tu, laju katanya.

Monday, December 10, 2012

DIY power outlet 12 v

Assalammualaikum, kisah kali ini mengenai pemasangan power outlet 12 v pada megelli saya. Power outlet ini boleh digunakan untuk mengecas GPS,  handset atau lain-lain yang seangkatan dengannya.

Power outlet ini dibeli dari kedai RadioShack di Mid Valley.
Dalam memulakan operasi ini perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengangkat tank.
Buka tempat duduk dan dua skru ini.
Sebelum tank dapat diangkat ada tiga perkara yang harus dicabut dahulu.
1.Cover atas tepi kiri dan kanan.
2. Unplug soket indicator minyak.
3. Fuel line , pastikan ditutup dahulu dengan menolak tuil ke tengah.
Selepas 3 perkara ini dilakukan barulah tank akan dapat diangkat keluar.


Dalam DIY ini saya lakukan penyambungan terus wayar + dan - ke terminal bateri. Kit power outlet ini disertakan dengan fius.

setelah semua wayar disambungkan, kemaskan semua wayar dengan cable tie dan pembalut wayar, pada bahagian wayar di bawah bateri saya lekatkan dengan aluminium sticker (boleh didapati di kedai hardware) bagi mengelakkan kepanasan pada wayar itu nanti.

inilah rupenya setelah diikat dengan braketnye di handle bar, power inlet ini juga disertakan dengan penutup bagi mengelakkan dimasuki air.
 test......sukses
disambungkan kepada gps.

inilah hasil akhirnya.

kos.
1. Power outlet Rm 12.00
2. Braket RM 20
3. GPS holder RM 80
4. Air peluh he...he....

wassalam sampai jumpa lagi.