Thursday, October 17, 2013
Tuesday, October 15, 2013
Pelancaran Z250 Malaysia

Yang dinanti telah tiba, Majlis pelancaran Z250 bertempat di Litar Speedway Elite oleh Kawasaki Malaysia.
Rupa z250 hampir serupa dengan abangnya z800, cuma saiznya kecil sedikit.
Gaya Streetfighter
Exzos, saiz tayar, rim dan single rear brek disk serupa dengan Ninja 2013.
Enjin juga serupa, liquid cool , 2 silinder sebaris.
Double halogen lamp, satu untuk high beam dan low beam
Harga jualan RM 21586
Short Review From Rafi Ahmad
Launching Video
DIY - Tukar Signal
Signal lama yang telah patah pada bahagian getahnya akibat proses wear and tear.
Bagi menyempurnakan proses DIY ini, keseluruhan bahagian headlamp perlu dibuka dan ditanggalkan, jika tidak singnal tidak boleh dibuka skrunya.
Bahagian yang bewarna silver dan hitam perlu dipisahkan kerana skru pengikat signal berada di antaranya.
Gunakan spanar bersaiz 17 untuk membuka skru pengikat signal.
Signal baru yang akan dipasang, dibeli dengan harga Rm 23.00 sepasang.
pemasangan sangat mudah, masukkan sahaja ke dalam slot signal dan ketatkan semula skrunya. Pastikan sudut bagi signal betul sebelum di ketatkan.
Yahoo..siap, masa untuk memasang semula .
Pasang semula, sambungkan semua pendawaian elektriknya dan uji, sukses.
Thursday, September 12, 2013
Megelli EFi
Versi Megelli Efi telah mula dipasarkan di Malaysia.Dengan berapa perubahan pada kosmetik dan bentuk beberapa bahagian.
Efi dan throttle body
Instrumen meter yang baru ada menunjukkan kedudukan gear dan tahap bahan api, tidak terdapat pada model karburator.
Kedudukan model baru
Kedudukan model lama
Kedudukan monoshock juga telah diubah.
Rekabentuk Tank yang baru dan dibuat daripada plastik.
Rupa keseluruhan model Efi.
Megelli versi karburator.
*Terima kasih kepada En. Sharifuddin Zamri pemilik Megelli Efi ini. sumber dari FB MBCC.
Wednesday, August 14, 2013
Thursday, July 25, 2013
Jom kira bayaran untuk insurans motor anda
Kalkulator bayaran premium insurans Bank Negara
Panduan kepada mereka yang akan renew road tax. Namun begitu ada amount tambahan yang akan dikenakan oleh agen insurans , berbincanglah dengan agen insurans anda
Panduan kepada mereka yang akan renew road tax. Namun begitu ada amount tambahan yang akan dikenakan oleh agen insurans , berbincanglah dengan agen insurans anda
Friday, July 12, 2013
Coconut Shake Pantai Klebang
Jarak perjalanan lebih kurang 135 km sehala.
Agak lama juga tak update blog ni, bukan apa tiada DIY yang dijalankan disamping masa yang agak sibuk kebelakangan ini.
Ride ini berlangsung kira-kira seminggu sebelum kita berpuasa, dan disertai oleh Ustaz Ucai Aprillia, Ejaad CBR dan Pak Usu Blade.
Barisan kuda yang akan ke Klebang.
4 biji semuanya.
Perjalanan kami bermula pada pukul 8.30 pagi bergerak dari RV point petronas Bt9 keluar melalui Tol Plus Kajang menuju ke arah Selatan. Alhamdulillah cuaca pada pagi ini amat baik.Kami telah sepakat untuk sarapan pagi di R&R Seremban.
Tiba di R&R Seremban setelah kira-kira 40 minit menunggang, ramai juga biker lain yang turun pada pagi ini, mungkin ride sebelum puasa. Sempat juga bertanya dengan sorang otai yang mengatakan mereka akan ke Batu Pahat untuk mencari briyani gam dan mee rachun.
Sarapan dulu @ R&R Seremban.
Selepas itu pengembaraan kami diteruskan bagi mencapai misi pada kali ini.
Geng yang akan ke Batu Pahat.
Tiba di Pantai Klebang, parking dulu.
Inilah kedai yang menjual Coconut Shake yang glamer di Pantai Klebang, agak ramai juga orang yang beratur untuk membeli Coconut Shake ini, sehinggakan tuan punya kedai terpaksa menggunakan khidmat RELA untuk mengawal lalulintas di jalan besar berhadapan kedai ini.
Cari tempat redup dulu...
Inilah dia Coconut Shake Pantai Klebang RM 2.50.
Model Coconut Shake....
On the bike, setelah menikmati coconut shake kita bergerak ke Pantai Tanjung Kling.
Pantai Tanjung Kling, kelihatan depoh pemunggahan minyak Petronas. Disinilah kerap diadakan pertandingan memancing.
Setelah berehat dan menikmati pemandangan yang cantik di pantai ini selama 1/2 jam kami bertolak pulang.Melalui jalan kampung dan keluar di susur keluar melalui lebuhraya PLUS semula.
Singgah makan tengahari di R&R Seremban arah utara.
Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik kami berempat berjalan lancar tanpa ada apa-apa kejadian yang tidak diingini, kami sampai ke rumah pada pukul 4.00 petang.
Sampai Jumpa lagi....
Subscribe to:
Posts (Atom)














































