Sunday, June 1, 2014

Himpunan Retromania Morib

Jom layan gambar-gambar di sekitar himpunan Retromania Morib.

































 *Kredit to Abg Sidi ARC group.

Fraser Hill


















Ride yang berlangsung pada cuti Wesak yang lalu, seperti biasa kami yang dari Cheras akan berkumpul di Petronas Bt 9 dan dari Ampang akan berjumpa di Tmn Melati .
Tepat jam 9.50 am kami bertolak ke Fraser melalui jalan Ulu Yam terus ke Kuala Kubu Baru. Cuaca pada hari itu memang cun.
Perancangan untuk ke Fraser ni sebenarnya telah tertangguh beberapa kali disebabkan keadaan cuaca dan rider yang tidak mengizinkan.
Alhamdulillah kira-kira jam 12 pm kami telah sampai ke puncak Fraser Hill.


Tak lengkap kalau ke Fraser tak tangkap gambar kat sini.

Saturday, May 24, 2014

N5 Varian 250 baru dari Naza

N5 , itulah nama model baru dari Naza. Model ini telah dilancarkan pada 19 Mei lalu.
 
Seperti barisan Blade , N5 adalah produk yang lahir dari kerjasama yang sedia ada antara Naza Bikes dan pengeluar motosikal Korea, Hyosung. N5 dikuasakan oleh cc 249, enjin satu silinder dengan 28.4 hp pada 8,500 rpm dan 26.1 Nm tork pada 7000 rpm. Enjin ini didatangkan dengan kotak gear enam kelajuan.
 

 


Casis N5 terdiri daripada keluli ringan berbentuk tiub bingkai terali dengan 37 mm teleskopik fork USD di bahagian hadapan dan swingarm dwi dengan penyerap hidraulik gas di belakang. Kuasa brek datang dari cakera di kedua-dua hujung. Naza N5 mempunyai berat 145 kg. 
 
Harga jualan yang di cadangkan bagi model ini ialah RM 13 988 otr bagi 500 pembeli pertama. Naza mensasarkan untuk mengeluarkan sebanyak 300 buah model ini sebulan melalui kilang pengeluarannya yang terletak di Shah Alam.

  


Wednesday, February 26, 2014

Kawasaki Ninja RR Mono 250 cc

Sebuah lagi varian 250 cc daripada Kawasaki, Mengikut perkhabaran model ini dikeluarkan bagi mengantikan model RR 150.
Perbezaan utama berbanding Ninja 250 sekarang ialah enjin, di mana RR mono ini dikuasakan oleh enjin 1 silinder berbanding 2 silinder sebaris kini.
Model ini telah mula di pasarkan di India, di Malaysia masih menjadi tanda-tanya. Kita nantikan sahaja kemunculannya.

sedikit gambar-gambarnya.
Enjin single silinder , 4 stroke

Meter digital

pandangan dari atas


Sunday, January 26, 2014

Konvoi Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina - JKJR

Satu konvoi telah dianjurkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia peringkat Negeri Selangor sempena Perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut kira-kira seminggu dari sekarang. Konvoi kali ini disertai oleh 100 buah motosikal dari serendah 100 cc ke 1300 cc dan dibantu oleh 10 Marshal daripada PDRM dan Marshal pengiring.
Jarak perjalanan konvoi adalah lebih kurang 150 km, di mana peserta akan berhenti di 3 pits stop dan mengedarkan risalah mengenai kempen keselamatan jalan raya kepada pemandu dan penunggang motorsikal.
Majlis perasmian dan pelancaran konvoi dilakukan oleh Menteri Besar Selangor , Datuk Khalid Ibrahim.
Ucapan perasmian daripada Menteri Besar Selangor
Sessi Pendaftaran
Rakan-rakan Megelli yang turut serta.
Line up, 100 buah motor.
Marshal 
on the bike



Tiba di Chek point yang pertama, hentian R&R Dengkil arah Selatan.
Mengedarkan risalah keselamatan jalan raya kepada pemandu dan penunggang motorsikal.
Biar CERAH mudah dilihat.
Si Melly ku...




Konvoi pada hari itu berakhir kira-kira jan 1.30 pm dan diakhiri dengan jamuan dan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta konvoi.