Thursday, September 12, 2013

Megelli EFi

Versi Megelli Efi telah mula dipasarkan di Malaysia.Dengan berapa perubahan pada kosmetik dan bentuk beberapa bahagian.
Efi dan throttle body

Instrumen meter yang baru ada menunjukkan kedudukan gear dan tahap bahan api, tidak terdapat pada model karburator.
Kedudukan model baru
Kedudukan model lama
Kedudukan monoshock juga telah diubah.

Rekabentuk Tank yang baru dan dibuat daripada plastik.

Rupa keseluruhan model Efi.

Megelli versi karburator.

*Terima kasih kepada En. Sharifuddin Zamri pemilik Megelli Efi ini. sumber dari FB MBCC.

Thursday, July 25, 2013

Jom kira bayaran untuk insurans motor anda

Kalkulator bayaran premium insurans Bank Negara

Panduan kepada mereka yang akan renew road tax. Namun begitu ada amount tambahan yang akan dikenakan oleh agen insurans , berbincanglah dengan agen insurans anda

Friday, July 12, 2013

Coconut Shake Pantai Klebang

Jarak perjalanan lebih kurang 135 km sehala.
Agak lama juga tak update blog ni, bukan apa tiada DIY yang dijalankan disamping masa yang agak sibuk kebelakangan ini.
Ride ini berlangsung kira-kira seminggu sebelum kita berpuasa, dan disertai oleh Ustaz Ucai Aprillia, Ejaad CBR dan Pak Usu Blade.
Barisan kuda yang akan ke Klebang.
4 biji semuanya.
Perjalanan kami bermula pada pukul 8.30 pagi bergerak dari RV point petronas Bt9 keluar melalui Tol Plus Kajang menuju ke arah Selatan. Alhamdulillah cuaca pada pagi ini amat baik.Kami telah sepakat untuk sarapan pagi di R&R Seremban.
Tiba di R&R Seremban setelah kira-kira 40 minit menunggang, ramai juga biker lain yang turun pada pagi ini, mungkin ride sebelum puasa. Sempat juga bertanya dengan sorang otai yang mengatakan mereka akan ke Batu Pahat untuk mencari briyani gam dan mee rachun.
Sarapan dulu @ R&R Seremban.
Selepas itu pengembaraan kami diteruskan bagi mencapai misi pada kali ini.

Geng yang akan ke Batu Pahat.

Tiba di Pantai Klebang, parking dulu.
Inilah kedai yang menjual Coconut Shake yang glamer di Pantai Klebang, agak ramai juga orang yang beratur untuk membeli Coconut Shake ini, sehinggakan tuan punya kedai terpaksa menggunakan khidmat RELA untuk mengawal lalulintas di jalan besar berhadapan kedai ini.
Cari tempat redup dulu...
Inilah dia Coconut Shake Pantai Klebang RM 2.50.
Model Coconut Shake....
On the bike, setelah menikmati coconut shake kita bergerak ke Pantai Tanjung Kling.




Pantai Tanjung Kling, kelihatan depoh pemunggahan minyak Petronas. Disinilah kerap diadakan pertandingan memancing.
Setelah berehat dan menikmati pemandangan yang cantik di pantai ini selama 1/2  jam kami bertolak pulang.Melalui jalan kampung dan keluar di susur keluar melalui lebuhraya PLUS semula.
Singgah makan tengahari di R&R Seremban arah utara.
Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik kami berempat berjalan lancar tanpa ada apa-apa kejadian yang tidak diingini, kami sampai ke rumah pada pukul 4.00 petang.
Sampai Jumpa lagi....

Tuesday, June 4, 2013

Jalan-jalan dengan motor - CENDOL BAKAR

Kepada sesiapa yang selalu melalui Jalan Ijok- Kuala Selangor pasti akan terpandang papan tanda Cendol Bakar apabila menghampiri simpang tiga di Kg Asam Jawa.
Pada mulanya saya juga amat hairan bagaimana rupanya cendol yang dibakar. Rupa-rupanya bukan cendol yang dibakar, tuan punya kedai bernama Bakar....he..he...
Berbalik pada ride hari ini, memandangkan minggu kedua cuti yang agak lapang dan bagi mengisinya maka saya akan ke Kuala Selangor untuk menikmati cendol bakar....
Bermula dari rumah dan terus menunggang melalui leburaya Utara-Selatan maka perjalananpun bermula.Keluar di exit Rawang Selatan dan terus menuju ke Kuala Selangor melalui lebuhraya LATAR.
Lebuhraya LATAR yang menghubungkan Kuala Selangor ke Templer.
Cuaca hari ini amat baik dan panas terik membuatkan hati tak sabar-sabar untuk menikmati cendol yang sejuk dan menyegarkan. Kira-kira 30 minit menyelusuri lebuhraya LATAR maka tibalah di Cendol Bakar.
Cendol Bakar telah kelihatan.
Cari parking dulu..
Suasana kedai pada hari ini.
Cendol VIP dan air tembikai....pergh
Ada bermacam-macam variasi cendol yang dijual antaranya cendol vip, vvip , cendol durian dan lain-lain. Saya telah memilih cendol vip yang berharga Rm 2. Antara ramuan yang terdapat di dalam cendol vip ini adalah kacang, jagung dan nata de coco.
Kedai cendol En Bakar ini juga telah masuk dalam surat khabar Berita Harian sebagai salah satu tarikkan di Pekan Kuala Selangor.Seingat saya dahulu kedai ini bermula dari sebuah gerai kecil di tepi jalan namun kini ia telah bertambah besar dan maju, ada "drive thru" lagi. Bagi pemegang kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat anda boleh dapatkan cendol dengan percuma di sini hanya dengan menunjukkan kad tersebut.
Seperti biasa bergambar di papan tanda dulu sebelum balik.
Alhamdulillah, selamat sampai di rumah pada pukul 14.14 dan mengharungi perjalanan sejauh 154.5 km.
Sampai jumpa lagi , wassalam.




Sunday, June 2, 2013

Berapa jauh saya boleh pergi dengan setangki penuh?

Disebabkan meter motor ini tidak disertakan dengan penunjuk paras minyak, maka adalah penting bagi kita untuk menganggar jarak yang boleh dilalui dengan jumlah minyak di dalam tangki.
Antara langkah terbaik untuk diikuti ialah dengan menentukan jarak yang boleh dilalui dengan setangki penuh minyak.
Tangki motor Megelli boleh dipenuhkan dengan 9 liter minyak Ron 95 (Rm 17) dan bergerak sejauh 200 km sebelum warning light minyak menyala dengan kelajuan purata antara 90-110 km/j.
Sebagai panduan:
1. Isi penuh tangki motor.
2. Reset odometer untuk memantau jarak dilalui.


Saturday, May 25, 2013

Mengenali rectifier dan fungsinya

Assalamualaikum, kali ini saya akan berkongsi cerita mengenai rectifier dan fungsinya berdasarkan pembacaan dan pertanyaan kepada mereka yang lebih arif.

Rectifier Megelli terletak di bawah seat.
rectifier
Rectifier berfungsi untuk menukarkan arus ulang alik (AC) yang dihasilkan oleh alternator(generator) kepada arus terus (DC) yang akan digunakan untuk mengecas bateri.
alternator (generator) ada di dalam casing ini.
Wayar dari alternator ke rectifier.
Apa akan berlaku sekiranya rectifier ini rosak? 
Sudah tentulah bateri tidak akan dicas dan akan menjejaskan peralatan yang menggunakan tenaga elektrik.
Bagaimana saya hendak menguji rectifier saya elok atau tidak? 
Kita boleh uji rectifier dengan menggunakan multimeter, ataupun cara yang paling senang dengan menyentuh rectifier ini ketika enjin melahu.Rectifier yang berfungsi akan berasa panas sedikit akibat arus elektrik yang masuk melaluinya.
hidupkan enjin, biarkan ia melahu
sentuh rectifier, panas OK , sejuk KO

Bagaimana ia boleh rosak ? 
Selain daripada jangka hayatnya yang telah tiba, rectifier boleh rosak jika kita mengeluarkan bateri ketika enjin sedang hidup. Selain itu perlu diperhatikan juga kepada soket yang bersambung dengannya berkeadaan baik.

Pastikan soket ini baik dan ketat untuk pengaliran arus elektrik yang lancar.

Bagaimana saya boleh memantau keadaan rectifier ini?
 Kita boleh memantau aktiviti elektrik dengan memasang voltmeter.
Contoh voltmeter yang dipasang pada motorsikal
Digital voltmeter yang boleh dibeli serendah harga Rm 50.

Dengan adanya voltmeter ini , kita dapat mengetahui jumlah voltan yang dijana.
Bacaan volmeter di bawah boleh dijadikan panduan

Bateri lemah = bacaan di bawah 12 v
Bateri sedang dicaj = bacaan di antara 13 hingga 14 v
Over charge = bacaan lebih dari 15 v

Jadi sewaktu enjin dihidupkan bacaan voltmeter yang ideal ialah di antara 13 hingga 14 v.

Pemasangan voltmeter boleh dilakukan dengan lakukan pendawaian terus ke bateri atau tap dari wayar lampu kecil.