Thursday, March 28, 2013

Jangan ikut perasaan

Kenapa saya tulis tajuk post seperti di atas? ini semua ada kena mengena dengan peristiwa yang saya alami ketika menunggang semalam.
Aman, tenang dan menyegarkan.

Setelah menghantar isteri ke tempat kerja, terus sarung jacket dan riding boot. Sebenarnya takde tujuan ke destinasi tertentu.
Dimulakan dengan Bismillah maka perjalanan dimulakan melalui Pekan Suntex ke Hulu Langat. Pagi ini kelihatan redup tetapi tiada tanda-tanda hujan akan turun.Tunggangan berjalan lancar dengan kelajuan sederhana.
Tiba di Hutan Rekreasi Gunung Nuang.
Tiba di penghujung laluan, berhenti sebentar di kaki Hutan Rekreasi Gunung Nuang, cuaca yang tadinya baik mula menunjukkan tanda-tanda hujan akan turun. Sepanjang perjalanan, kita akan disajikan dengan pemandangan yang cantik, melihat jeram dan tempat-tempat rekreasi yang ada di sepanjang perjalanan.
Dapat mandi syiok.......
Beberapa ketika titisan hujan mula membasahi jalan tar, masa untuk mencari tempat berteduh.
Tunggu hujan reda.
Berteduh sebentar sementara menunggu hujan reda, lebih kurang 30 minit selepas itu hujan mulai reda dan tunggangan diteruskan dengan melalui Jalan Kg Jawa - Jln semenyih - Jln Bt 18 Hulu Langat.
Dan ketika inilah, ada peristiwa yang berkaitan dengan tajuk post ini. Keadaan permukaan jalan yang agak baik dan kering ditambah lagi dengan tiada banyak kenderaan yang melalui jalan ini, maka timbullah keghairahan memerah trottle. Kelajuan semakin bertambah dan ketika melalui satu selekoh dengan kelajuan hampir 100 km/j saya telah overshoot. Mujurlah motor dapat dikawal namun perasaan ketika itu hanya mampu berserah dan menunggu sahaja apa yang saya akan langgar sewaktu itu. Mujurlah saya memakai riding boot kuranglah sedikit calar-calar akibat meredah semak-samun tersebut.Alhamdulillah motor tidak tumbang  dan dapat naik ke jalan semula.

Kesimpulan:
1. Jalan yang tenang dan baik ada bahayanya tersendiri.
2. Motor yang lebih berat lebih sukar dikawal.
3. Menunggang mengikut kemampuan diri sendiri jangan terikut dengan gaya orang lain.
4. Sentiasa memakai safety riding kit.
5. JANGAN IKUT PERASAAN.

Wassalam.




No comments:

Post a Comment