Saturday, May 25, 2013

Mengenali rectifier dan fungsinya

Assalamualaikum, kali ini saya akan berkongsi cerita mengenai rectifier dan fungsinya berdasarkan pembacaan dan pertanyaan kepada mereka yang lebih arif.

Rectifier Megelli terletak di bawah seat.
rectifier
Rectifier berfungsi untuk menukarkan arus ulang alik (AC) yang dihasilkan oleh alternator(generator) kepada arus terus (DC) yang akan digunakan untuk mengecas bateri.
alternator (generator) ada di dalam casing ini.
Wayar dari alternator ke rectifier.
Apa akan berlaku sekiranya rectifier ini rosak? 
Sudah tentulah bateri tidak akan dicas dan akan menjejaskan peralatan yang menggunakan tenaga elektrik.
Bagaimana saya hendak menguji rectifier saya elok atau tidak? 
Kita boleh uji rectifier dengan menggunakan multimeter, ataupun cara yang paling senang dengan menyentuh rectifier ini ketika enjin melahu.Rectifier yang berfungsi akan berasa panas sedikit akibat arus elektrik yang masuk melaluinya.
hidupkan enjin, biarkan ia melahu
sentuh rectifier, panas OK , sejuk KO

Bagaimana ia boleh rosak ? 
Selain daripada jangka hayatnya yang telah tiba, rectifier boleh rosak jika kita mengeluarkan bateri ketika enjin sedang hidup. Selain itu perlu diperhatikan juga kepada soket yang bersambung dengannya berkeadaan baik.

Pastikan soket ini baik dan ketat untuk pengaliran arus elektrik yang lancar.

Bagaimana saya boleh memantau keadaan rectifier ini?
 Kita boleh memantau aktiviti elektrik dengan memasang voltmeter.
Contoh voltmeter yang dipasang pada motorsikal
Digital voltmeter yang boleh dibeli serendah harga Rm 50.

Dengan adanya voltmeter ini , kita dapat mengetahui jumlah voltan yang dijana.
Bacaan volmeter di bawah boleh dijadikan panduan

Bateri lemah = bacaan di bawah 12 v
Bateri sedang dicaj = bacaan di antara 13 hingga 14 v
Over charge = bacaan lebih dari 15 v

Jadi sewaktu enjin dihidupkan bacaan voltmeter yang ideal ialah di antara 13 hingga 14 v.

Pemasangan voltmeter boleh dilakukan dengan lakukan pendawaian terus ke bateri atau tap dari wayar lampu kecil.




28 comments:

  1. as salam.
    bos tnjuk skit cara tap kr atas lampu kcik tu.
    bg pic dkt wassap saya 0177581513

    ReplyDelete
  2. boss klau overcharge mcm mne pulak

    ReplyDelete
  3. Salam..nk tanya ape beza rectifier ngn regulator?

    ReplyDelete
  4. Salam..nk tanya ape beza rectifier ngn regulator?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bnda yg sma je..tiada beza pun..nama penuh rectifire regulator

      Delete
  5. Nk tya klu rectifier terlalu panas adakah ia juga rosak...tq

    ReplyDelete
  6. Salam..kalau motor dihidupkan terus signal dipasang ..signal tu memang nyala juga tapi bila kita rem2@pulas minyak tu signal tak nak berkelip ..masalahnya ape tu adakah recitifier or ada masalah lain2 ..mohon penjelasannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi bos nak tanya saya dh tukar tue battery baru fuse baru..mula2x pasang ok sja lampu kuat..skali baru je jalan sikit dh mati..adakah d sebbkn rectifier atau pn ada yg lain rosak....mohon pencerahan plzzz tq...

      Delete
    2. Terlalu common.. Mungkin CDI rosak, atau magnet tu..

      Delete
  7. Salam bos?? Klu overcharge cm mn tu?? Bacaan pd voltmeter 19.9v..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bateri boleh kembung n tunggu masa nak meletup

      Delete
  8. Salam..... Rectifiar ninja 2008 coburator sy kena potong, bila nak sambung balik, ada 3 wayer warna kuning, adakah 3 wayer warna kuning sama fungsi dia

    ReplyDelete
  9. salam, klau signal hidup, tpi lampu depan blakang x hidup, ape masalah ye? adakah lamp coil? mohon pncerahan bos

    ReplyDelete
  10. Nk tya ... Harga utk rectifire dan alternator utk z800 berapa anggaran nye yer..... Tq

    ReplyDelete
  11. Rectifier terlalu panas, ape pu ca nya

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum tuan.boleh terangkan kenapa dgn motor kriss 110 saya.baru overhaul dan tukar carburetor baru.habis puas setting x jumpa timing.ring piston betul top warna putih dan second hitam..adakah punca coil magnet lemah sbb plug berkarbon.atau rectifier dh nak kong..masalah motor saya baru nak jalan ada sentap.timing mixture x boleh open.kalau open motor akan mati.hanya buka 0 per suku sahaja boleh.

    ReplyDelete
  13. Salam bos.. biasa berapa harga satu unit barang ni.. saya baru tukar makenik cas 250 sebiji kereta hyundai starex.. blh jwb dlm wasap saya 0199802251

    ReplyDelete
  14. Salam...saya ad soalan...
    Moto saya 2x coil magnet rosak, apa kah puncanya?
    Jika rectifier rosak, boleh bagi keaan kepada coil magnet ke?

    ReplyDelete
  15. daripada voltmeter mcm mana nak tahu rectifier rosak,
    sbb motor skrg idle makin lama makin rendah bacaan voltmeter.. skrg motor engine running idle 12.0 tp pulas dia naik

    ReplyDelete
  16. Kalau untuk motosikal yang pakai injection, kalau enjin tak masuk cas (minyak tak masuk enjin) tu merupakan salah satu dari kerosakan rectifier ke

    ReplyDelete
  17. Blh ke alat nei contoh sy gn moto kriss 110 blh x gn kriss 128 ada kah ia blh mengcas lg cantik or sebaliknya.terima kasih atas info2

    ReplyDelete
  18. Assalamu'alaikum. Salam Muafakat. Pada kebiasaannya motorsikal² moden menggunakan RnR ni sebagai punca api palam pencucuh (spark plug). Walaubagaimanapun, ada sesetengah motorsikal menggunakan sambungan terus dari gegelung magnet (coil magnet) ke gegelung palam pencucuh (coil plug). Justeru, satu soalan dari saya yang kurang arif dengan pendawaian automotif, bagaimana caranya kita dapat bacaan dari soket RnR ni? Bagaimana jika kesemua sambungan dari soket RnR ini mempunyai bacaan AC? Bacaan masuk (incomimg) ≤~7VAC bacaan keluar (outgoing) ≤~1VAC. Manakala di terminal ke bateri +/- tiada bacaan AC/DC. Ada sesiapa yang boleh kongsikan?

    ReplyDelete
  19. kalaw overcharge ? apa masalahnya dan apa solusinya ?

    ReplyDelete
  20. Salam tuan..meter temperture/meter suhu enjin.pada mula meter berfungsi dengan baik..tiba tiba meter suhu jatuh dan tidak naik lagi.apakah penyebab meter suhu itu tidak berfingsi? Adakah ia di sebab kan oleh rectifire yang rosak ke?meter bukan meter digital..mohon penjelasan dari tuan

    ReplyDelete