Tuesday, May 14, 2013

DIY - Penjagaan rantai

Rantai merupakan salah satu  komponen utama di dalam sesebuah motorsikal, oleh sebab itu ianya perlu disenggara dengan baik untuk meningkatkan jangka hayatnya.
Berapa kerap kita perlukan untuk meminyaki rantai? Bagi saya soalan ini begitu subjektif, namum sedikit maklumat berikut boleh dijadikan panduan.

1. Berapa kerap kita menunggang motorsikal.
2. Selalukah kita menempuh jalan yang basah atau menunggang ketika hujan.
3. Berapa kerap kita membasuh motorsikal kita.

Bagi soalan pertama, semakin kerap kita menunggang maka semakin keraplah rantai perlu diminyaki.
Sebaik-baiknya setelah kita membasuh atau menunggang ketika hujan, bersihkan permukaan rantai dengan berus gigi. Tujuannya supaya habuk dan pasir-pasir halus yang melekat pada rantai dapat dibersihkan.

Minyak apa yang patut digunakan?

Sebenarnya apa-apa minyak pelincir boleh digunakan, hatta minyak kelapa. Namun ia tidak begitu sesuai. Cuba gunakan minyak yang dirumus khas untuk kegunaan rantai. Mengapa? Minyak yang dirumus khas untuk kegunaan rantai  tidak memerangkap habuk dan kotoran.

ini yang saya gunakan , harganya RM 17.

Pilihlah spray rantai pilihan anda, ada yang murah dan mahal.

Wassalam, sampai jumpa lagi

No comments:

Post a Comment