Hebak ostad ni...
Wednesday, January 2, 2013
Sunday, December 30, 2012
Megelliku kembali
Setelah seminggu Megelli di bengkel akhirnya siap jugak, setelah sembang-sembang dengan Ah Chai antara barang-barang yang telah ditukar adalah seperti berikut:
1. Kulit enjin (seperti ditulis dalam tulisan lalu)
2. Pemijak kiri. ( Yang lama ada sedikit keretakan)
3. Inlet rubber.
4. Kotak penapis angin.
5. Radiator (katanya yang lama ada bocor sikit).
Hasilnya:
1.Bunyi enjin lebih sedap.
2.Tahap vibration berkurang.
3.Tork dan top yang lebih sedap.
4. Lebih senang nak cari gear "N" (sebelum ni melilau nak cari dan gear melompat)

kelajuan yang dicapai dengan 1/2 throttle.
Saturday, December 22, 2012
Megelliku turun enjin....alamak
Menara condong Teluk Intan. (400 km pergi dan balik)
tunggu giliran
Seram jugak bunyi tajuk post ni, lebih-lebih lagi kalau yang baca ni pemilik megelli sedia ada atau yang baru nak angkat motor ni.
Selepas perjalanan jauh dua hari lepas tergerak hati nak ke bengkel Ah Chai kat Sek. 7 Shah Alam. Tujuannya untuk servis enjin. Ah Chai kata kena turun enjin.....alamak....apa pasal. Rope-ropenya pihak pengeluar memang akan memanggil motor-motor batch awal untukditukar kulit enjinnya.
Inilah bendanya yang akan ditukar, mengikut kata Ah Chai kulit enjin yang awal nipis dan pengeluar memanggil semula motor ni untuk digantikan dengan kulit enjin yang lebih tebal dan lebih kuat. Kepada pemilik megelli yang lain sepatutnya pihak penjual akan menghubungi anda untuk proses ini, jika tiada hubungi pihak penjual anda.
Ah Chai
Proses penukaran sedang dijalankan.
sampai jumpa lagi, wassalam
Ninja 2013@PDRM
Sewaktu isi minyak di Petronas BMC, terserempak dengan dua biji motor milik PDRM terus snap gambar. Sembang dengan abang polis yang bawa motor tu, laju katanya.
Thursday, December 13, 2012
Monday, December 10, 2012
DIY power outlet 12 v
Assalammualaikum, kisah kali ini mengenai pemasangan power outlet 12 v pada megelli saya. Power outlet ini boleh digunakan untuk mengecas GPS, handset atau lain-lain yang seangkatan dengannya.
setelah semua wayar disambungkan, kemaskan semua wayar dengan cable tie dan pembalut wayar, pada bahagian wayar di bawah bateri saya lekatkan dengan aluminium sticker (boleh didapati di kedai hardware) bagi mengelakkan kepanasan pada wayar itu nanti.
inilah rupenya setelah diikat dengan braketnye di handle bar, power inlet ini juga disertakan dengan penutup bagi mengelakkan dimasuki air.
Power outlet ini dibeli dari kedai RadioShack di Mid Valley.
Dalam memulakan operasi ini perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengangkat tank.
Buka tempat duduk dan dua skru ini.
Sebelum tank dapat diangkat ada tiga perkara yang harus dicabut dahulu.
1.Cover atas tepi kiri dan kanan.
2. Unplug soket indicator minyak.
3. Fuel line , pastikan ditutup dahulu dengan menolak tuil ke tengah.
Selepas 3 perkara ini dilakukan barulah tank akan dapat diangkat keluar.
Dalam DIY ini saya lakukan penyambungan terus wayar + dan - ke terminal bateri. Kit power outlet ini disertakan dengan fius.
setelah semua wayar disambungkan, kemaskan semua wayar dengan cable tie dan pembalut wayar, pada bahagian wayar di bawah bateri saya lekatkan dengan aluminium sticker (boleh didapati di kedai hardware) bagi mengelakkan kepanasan pada wayar itu nanti.
inilah rupenya setelah diikat dengan braketnye di handle bar, power inlet ini juga disertakan dengan penutup bagi mengelakkan dimasuki air.
test......sukses
disambungkan kepada gps.
inilah hasil akhirnya.
kos.
1. Power outlet Rm 12.00
2. Braket RM 20
3. GPS holder RM 80
4. Air peluh he...he....
wassalam sampai jumpa lagi.
Tuesday, November 27, 2012
Perkara yang perlu diberi perhatian pada Megelli
Tulisan ini adalah berdasarkan pengalaman terhadap motor megelli sr saya, dan mungkin berbeza kepada pemilik megelli yang lain.
Berikut adalah perkara yang perlu diberi perhatian kepada motor megelli anda.
1. Exzos braket.
Ada 3 braket untuk mengikat exzos. Selalu perhatikan ketiga-tiga braket ini. Banyak kes sebelum ini braket exzos ini patah dan saya telah mengalaminya sekali. Selagi di dalam jaminan penukarannya percuma. Mengikut perkembangan terkini, pihak pengeluar dikatakan telah menambah baik bagi mengatasi masalah ini.
2. Getah dari karburator ke kebuk pembakar.
Getah ini merupakan penyambung dari karburator ke kebuk pembakaran. Apa yang berlaku pada saya ialah, getah tersebut telah retak dan pecah lalu saya telah gantikan getah ini dengan hose radiator dan diperkuatkan dengan hose clamp (seperti di dalam gambar). Saya juga ada membeli getah asal (rm 45) sebagai spare sahaja.
3. Lampu belakang
Lampu akan menjadi perang akibat tail exzos yang pendek (hal ini hanya berlaku pada motor yang mempunyai tail exzos yang pendek sahaja). Cara mengatasinya ialah selalu "polish" tail light ini.
Lampu ini juga boleh dimasuki air melalui seal tepinya menyebabkan ia berwap.Cara mengatasinya gunakan silikon sealer dan sapu pada sepanjang seal lampu itu.
4. Skru tongkat
Selalu awasi 2 skru ini, ia boleh hilang begitu sahaja ketika menunggang (saya telah alami dua kali). Pada pendapat saya semua skru pada moto ini juga harus kerap diperiksa. Skru boleh dibeli di kedai hardware dengan harga 30 sen sebatang.
Sekian sahaja tulisan saya, moga ia dapat dijadikan panduan kepada semua pemilik megelli dan pendapat saya juga kita perlu kreatif dalam menangani perkara yang berlaku pada motor kita . Wassalam

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)