Wednesday, February 26, 2014

Kawasaki Ninja RR Mono 250 cc

Sebuah lagi varian 250 cc daripada Kawasaki, Mengikut perkhabaran model ini dikeluarkan bagi mengantikan model RR 150.
Perbezaan utama berbanding Ninja 250 sekarang ialah enjin, di mana RR mono ini dikuasakan oleh enjin 1 silinder berbanding 2 silinder sebaris kini.
Model ini telah mula di pasarkan di India, di Malaysia masih menjadi tanda-tanya. Kita nantikan sahaja kemunculannya.

sedikit gambar-gambarnya.
Enjin single silinder , 4 stroke

Meter digital

pandangan dari atas


Sunday, January 26, 2014

Konvoi Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina - JKJR

Satu konvoi telah dianjurkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia peringkat Negeri Selangor sempena Perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut kira-kira seminggu dari sekarang. Konvoi kali ini disertai oleh 100 buah motosikal dari serendah 100 cc ke 1300 cc dan dibantu oleh 10 Marshal daripada PDRM dan Marshal pengiring.
Jarak perjalanan konvoi adalah lebih kurang 150 km, di mana peserta akan berhenti di 3 pits stop dan mengedarkan risalah mengenai kempen keselamatan jalan raya kepada pemandu dan penunggang motorsikal.
Majlis perasmian dan pelancaran konvoi dilakukan oleh Menteri Besar Selangor , Datuk Khalid Ibrahim.
Ucapan perasmian daripada Menteri Besar Selangor
Sessi Pendaftaran
Rakan-rakan Megelli yang turut serta.
Line up, 100 buah motor.
Marshal 
on the bike



Tiba di Chek point yang pertama, hentian R&R Dengkil arah Selatan.
Mengedarkan risalah keselamatan jalan raya kepada pemandu dan penunggang motorsikal.
Biar CERAH mudah dilihat.
Si Melly ku...




Konvoi pada hari itu berakhir kira-kira jan 1.30 pm dan diakhiri dengan jamuan dan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta konvoi.




Monday, December 23, 2013

Karnival Motor Klasik Teluk Batik Kali Ke 3

Dalam kesempatan cuti sekolah ini, ada sedikit kelapangan untuk menjenguk ke Karnival Motor Klasik Teluk Batik Kali ke 3. Jom layan gambarnya
Kebanyakannya motor Vespa.
Rainbow

Norton, siap ada senapang pergh...

Gerai jualan, macam-macam ada. Kalau barang "rare" harga alat ganti pun boleh tahan.
Volkswagen Combi
Ni pun volkswagen, tak tau pulak model apa.

Acara ini telah berlangsung pada 21 dan 22 Disember lalu di Dataran Teluk Batik.

Sunday, December 8, 2013

Ride Tahlil Dan Doa Selamat

Hari ini 8/12/13 cuaca terang dan tidak hujan, tidak seperti hari-hari sebelum ini yang sentiasa hujan. Takziah kita ucapkan kepada rakan-rakan yang berada di Pantai Timur yang menerima musibah banjir ketika ini. Ok, kita teruskan cerita ride kita. Hari ini akan ke rumah sahabat lama (geng di MPTI) yang mengadakan sedikit kenduri tahlil dan doa selamat di kediamannya di Rawang.
Cuaca yang cerah memudahkan perjalanan tanpa sebarang masalah.
Alhamdulillah, tiba setelah kira-kira 40 minit menunggang dari Cheras. Kelihatan beberapa kawan-kawan dari FERNO juga baru tiba.
Kawan lama, Cekgu Nazrul (Joey) yang baju cokelat tu la tuan rumah.
Menikmati jamuan , ayam goreng berempah, ikan masin masak lemak nenas, sayur campur yummm...yummm. Terima kasih tuan rumah, moga-moga dilimpahi rahmat dan keselamatan, Amin.
Wassalam.