Thursday, November 15, 2012

Tukar minyak enjin dan cuci filter

Untuk minyak enjin saya gunakan jenama Fuchs Silkolene berkelikatan 10w-40, berharga rm 36 utk 1  liter.Motor ini memerlukan 1500ml, jadi kena beli 2 x 36= rm 72. Ada lebihan 500ml lagi, jadi untuk next change beli satu botol je.
bagi tugasan ini, saya akan buat sendiri.
untuk keringkan minyak, buka skru yang berada di bawah enjin ,bukan skru ditepi tu. Gunakan spanar 8mm untuk buka penutup penapis minyak enjin. Bagi enjin model ini, penapis minyak enjin tidak perlu ditukar cuma bersihkan sahaja. Saya akan gunakan WD40 untuk bersihkannya (material penapis ini dibuat daripada jaringan dawai halus) dan kemudian cuci dengan air yang deras dan dikeringkan (saya pakai hair dryer je). Lepas tu masukkan semula dan pastikan bahagian yang berlubang ditengah di kedudukan dalam.Ketatkan semula dan tuang minyak yamg baru. (menurut Ah chai lepas ini megelli akan gunakan jenis enjin yang filternya perlu diganti setiap kali servis). Ok mudah sahajakan.......selamat men DIY kan moto anda. Wassalam.

No comments:

Post a Comment