Wednesday, November 14, 2012

Kawan-kawanku dan motor

Kali ini aku akan kisahkan serba sedikit tentang kawan-kawanku yang mempunyai minat yang sama sepertiku vrommm....vrommmm..
                                      1.
Shukri bergaya bersama RXSnye...
1. Mohd Shukri B. Jahaya.

Kawanku yang bernama Shukri ni minat motor-motor retro (walaupun dalam hati nak memiliki hayabusya...jgn marah aaa). Kami sama tempat kerja dulu di Ampang, namun kini beliau telah berpindah ke Kedah.
Dari perbualan telefon bersamanya dahulu, motor ni dibeli dgn harga rm 500 dan telah lama terbiar oleh owner lamanya. Berkat kesabarannya membaik pulih, maka motor retro ini bernafas semula.
Dengarnya kini aktif bersama geng-geng retro di utara dalam aktiviti bermotosikal...syabas inspektor sahab.
Salah satu moto yg unik dalam geng ini...
50 bijik motor retro mengiringi pengantin.
                                              2.
2. Nazrul B. Ahmad Zaidi aka Joey.

Nazrul aka Joey ni merupakan rakan sekelas masa di MPTI dulu. Bila tiba cuti semester je maka kami akan berkonvoi naik moto dari JB utk balik kampung masing-masing. Masa tu brader ni tunggang Suzuki jerung, sementara aku pakai suzuki best ( best oi.....kebas bontot 6 jam atas moto).
Suzuki panther aka jerung.(ihsan pakcik google)
Brade kita ni sebenarnya mempunyai beberapa motot lagi, dan terkini beliau menunggang kuda bernama ER6F.
motornya.
bersama geng meroketnya..

lagi....gambirnya.
                                                3.
3. Azmi B. Kusnin aka Jemi.(gambar ihsan Joey)
Jemi ni budak Nogori 9, kat Felda Lui Timur . Namun kini menetap ni Johor. Sewaktu raya hari tu Joey ada ajak utk ride ke JB untuk ziarah member-member di sana (sayang tak dapat nak ikut). Jemi ni juga merupakan kawan sekelas di MPTI dulu. Masa belajar dulu kalu tak silap Jemi menunggang rxs warna hitam.
Kini memiliki sebuah kawasaki Ninja250 sebagai kuda peliharaannya.( Dah lama tak jumpa dia ni)
motot Joey dan Jemi sewaktu ziarah dulu (ihsan Joey)

ni la gambar retro masa di MPTI dulu.
                                      4.
4. Ustaz Lan.
Walaupun seorang Ustaz namun minatnya terhadap jentera bermotor tetap segar. Kini Ustaz menunggang Virago 535.
virago 535.
ride terkini ke PD tempohari.
                                                5.
5. Yousman B. Yaacob.
Yousman ni pulak merupakan kawan aku masa di SMK Seri Perak Teluk Intan dan merangkap sekampung.
ni gambar lama sewaktu di Seri Perak dulu.
Sekarang ini menunggang Triumph ....model name ape ni Yus?

gaya...mutu....keunggulan......Yousman
cak.....geng Triumph

                                      6.
 6. Shahrol Yuzy B. Ahmad Zaini
 (gambar ihsan S. Yuzy blog)

Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, tak sangka pula dia terlibat dengan acara racing motor . Dulu masa di SM Seri Perak sama-sama main bola wakil sekolah. Tak sangka dari  bola beralih arah ke arena racing-meracing pulak....
Lepas aku habis sekolah menengah, memang tak tau apa-apa cerita tentang Yuzy ni, tup-tup dia dah racing bersama team petronas sprinta  kat sepang.
 Shahrol Yuzy semasa beraksi di GP Malaysia di suatu ketika dahulu.

Masa aku tinggal di Putra Perdana, Puchong dahulu perasan ada satu kedai motor dengan label Shahrol Yuzy, rupa-rupanya betullah itu kedai dia Dan disitulah aku jumpa dan sembang dengan dia setelah berbelas tahun habis sekolah.
Kedai Shahrol Yuzy di Putra Perdana,Puchong dan juga HQ untuk team racingnya.
 Apa-apapun aku doakan Yuzy agar terus berjaya di dalam bidangnya.


Inilah serba sedikit cerita mengenai kawan-kawanku dan motor. Mungkin ada lagi kawan-kawanku yang mempunyai minat yang sama tetapi tidak dapat dijejaki.
Seronok juga kalau dapat berkumpul bersama-sama dan ride.
Kalau ada, sudi-sudilah contact/sms aku di 0122596597 .

Wassalam. Sampai jumpa lagi
abaidi's junior










No comments:

Post a Comment