Wednesday, November 14, 2012

Kuala Klawang

Ride kali ini akan ke Kuala Klawang. Sebenarnya ride ini sudah lama berlangsung tetapi baru hari ni sempat update. Sebelum ni aku terfikir juga acapkali dengar ramai rider akan berkunjung ke Klawang.. best sangat ke?
eh ikut mana ha......ke kiri lah bro......he...he....

walaupun sebenarnya rumahku tidak begitu jauh dengan pekan Bt18 dan sebenarnya jalan Hulu Langat itu selalu dilalui namun sejujurnya jalan ke Kuala Klawang tidak pernah dilalui, sekadar mendengar cerita dari kawan-kawan sahaja.
Maka dengan semangat yang berkobar-kobar aku bersama Mem telah merancang untuk menakluki Kuala Klawang (ceh.....mcm nak daki gunung everest plak). 
Seawal 8.00 pagi aku telah berangkat bersama Mem telah menunggang ke Klawang dengan misi nak bersarapan di sana.
air terjun kecil ........dapat mandi syiok ni...

Sampai di Petronas Nanding refeul dulu moto Rm 10. Memandangkan malam tadi hujan dan jalan masih basah maka aku menunggang dengan agak berhati-hati. Suasana nyaman dan dingin sangat menyenangkan.
Singgah sebentar di air terjun kecil yang terdapat di pertengahan perjalanan untuk meregangkan kaki.
Daripada air terjun kecil tadi, perjalanan diteruskan. Selang 5 minit ternampak mercu yang menunjukkan Welcome To Negeri Sembilan  (dalam hati terdetik ehhh dah sampai ke).
Rupa-rupanya Kuala Klawang masih jauh di depan, dan sebaik sahaja melewati sign ini barulah aku tahu kenapa ramai biker berkunjung ke laluan ini.
Jika sebelun ini jalan agak kurang baik, namun apabila sahaja masuk ke sempadan Negeri Sembilan kita akan dihidangkan dengan jalan yang baik tambah lagi dengan kener-koner ala-ala litar Sepang. Tanpa berlengah lagi aku mula melayan koner-koner tersebut dengan jayanya (pegh.... seronok jugak).
Kami tiba di pekan Jelebu dan mencari kedai untuk refeul perut (misi berjaya).

Ringkasan :
Masa: 2 1/2 jam (ride+singgah+makan+balik).
Minyak : Rm 10 pergi dan balik.
Jarak : 140 km pergi+balik
Kelajuan : 80 - 90 km/j (had laju kebangsaan)
Komen : koner terbaekkk.

No comments:

Post a Comment